Sunday, January 4, 2009

LIRIK: BINGKISAN AIDILFITRI (1991)


DI PAGI AIDIL FITRI
Aidilfitri Hari Bahgia
Hari Yang Mulia
Mohon Maaf Bersama Dipinta
Selamat Selamat Hari Raya

Sembah Salam Ayah Dan Bonda
Ampunkanlah Dosa
Hilangkanlah Duka Dan Nestapa
Selamat Selamat Hari Raya

Semoga Kita Berjumpa Lagi
Di Hari Bahagia Ini

Mari Teman Mari Saudara
Kita Bergembira
Lupakanlah Hatimu Yang Duka
Selamat Selamat Hari Raya

Lagu / Lirik: Copyright Controlled



CAHAYA DI AIDILFITRI
Bila Tiba Hari Raya
Semua Insan Bergembira
Tetapi Bagiku Hanya Kesedihan
Yang Menyelubungi Hidup

Ayah Dan Juga Ibuku
Telah Pergi Selamanya
Terbiarlah Aku Ibarat Musafir
Yang Haus Di Padang Pasir

Siapakah Yang Sudi
Menghulurkan Simpati
Kepada Nasibku Ini

Agar Dapat Ku Rasa
Nikmat Di Hari Raya
Seperti Insan Yang Lain

Ku Meminta Dan Berdoa
Kepada YANG MAHA ESA
Tabahkan Hatiku Berilah Pedoman
Cahaya Di Aidilfitri

Lagu: S. Atan
Lirik: Haron Abdul Majid

No comments:

Post a Comment