Sunday, January 18, 2009

LIRIK: WARNA-WARNI AIDILFITRI (1998)


WARNA-WARNI AIDILFITRI
Jemur Mengkuang Di Tengah Laman
Siang Berpanas Malam Berembun
Syawal Yang Indah Sudah Menjelang
Jauh Dan Dekat Datang Berhimpun

Selamat Berhari Raya
Selamat Berhari Raya

Dulang Berkait Sulaman Tangan
Buang Jerami Berikat Rotan
Samalah Cantik Samalah Padan
Bertambah Seri Dengan Senyuman

Warna-Warni Di Aidilfitri
Warna-Warni Di Aidilfitri

Tua Muda Miskin Kaya
Sambut Syawal Dengan Ria
Beraneka Suasana
Di Mana-Mana Berada

Malam Bersuluh Dengan Cahaya
Rumah Dihias Bagai Istana
Sungguhlah Indah Namapak Bergaya
Alangkah Damai Penuh Bahagia

Warna-Warni Di Aidilfitri
Warna-Warni Di Aidilfitri

Lagu: Lan Laga
Lirik: Amran Omar



FAJAR MENYINSING LAGI
Fajar Menyinsing Lagi
Datang Membawa Seribu Erti
Dan Meninggalkan
Rindu Mendalam

Fajar Menyinsing Lagi
Bersama Sinar Aidilfitri
Aku Terkenang Kepadamu
Yang Jauh Kini

Musim Silih Berganti
Begitu Cepat Pergi
Terbayang Di Mata
Kisah Mengusik Jiwa

Fajar Menyinsing Lagi
Airmata Menitis
Mengalir Syahdu
Kerna Sebuah Rindu

Bersama Salam Di Kejauhan
Semoga Kau Berbahagia
Walau Kita
Tak Dapat Bersama-sama
Di Pagi Syawal Ini
Ku Kirim Doa Tulus Suci

Lagu: Toy
Lirik: Darwish

No comments:

Post a Comment