Monday, May 1, 2017

PENGUMUMAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pengunjung laman blog ini...

Setinggi-tinggi perhargaan saya tujukan kepada beberapa kolektor (read sellers) yang sudi menjual koleksi mereka, yang mana ianya merealisasikan impian saya untuk mengumpul diskografi lengkap Shima.

Di ketika ini saya masih memburu dua (2) CD yang mengandungi lagu-lagu nyanyian Shima. CD-CD tersebut ialah: -

1. Runut bunyi filem Putih (2001); dan
2. Runut bunyi filem Kami Histeria (2013).

Kedua-dua CD ini tidak pernah dijual secara komersial. Namun ianya hanya dikeluarkan dalam bilangan terhad untuk juruhebah radio bagi tujuan promosi filem-filem berkenaan.

Sekiranya anda memiliki kedua-dua CD tersebut, saya lebih dari berbesar hati untuk membelinya.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment