Friday, October 23, 2009

Tarikh Lahir Shima Dalam Tahun Islam Hijrah


Tarikh kelahiran Shima mengikut kalendar Hijrah adalah pada 29 Jamadil Akhir 1389 Hijrah iaitu jatuh pada hari Jumaat.

Maksud: Jamadil Akhir adalah bulan ke-6 dalam kalendar Hijrah. Ia juga dikenali denga nama Jamadil Thani. Asal usul perkataan dari kata akar Jumda, yang digunakan untuk menyatakan tanah yang kering, tanah yang tidak ditimpa hujan, lantas menunjukkan ianya termasuk dalam bulan-bulan kering.

Sifat: Mempunyai watak yang berani, menghormati orang lain. Anda mempunyai pelbagai kebolehan (bakat) dan kebijaksanaan.

Apabila anda tahu bahawa anda salah atau keliru, maka anda mudah mengakuinya. Tetapi, bila anda tahu yang anda benar, anda akan tetap mempertahankan pendirian anda dan tidak akan mengaku kalah.

Semasa kecil, ibu bapa anda perlu mendidik anda dengan baik agar sifat-sifat anda yang baik itu terserlah. Jika betul didikannya, semasa dewasa nanti anda akan menyenangkan kedua orang tua anda.

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan tidak mengambil tahu hal orang lain. Ini sangat berlainan dengan sikapnya semasa kecil. Hidupnya selamat dan sentosa.

No comments:

Post a Comment