Monday, May 29, 2023

Petite Kitchen Kembali


Semalam saya menziarahi penyanyi pujaan ramai Shima di kediaman beliau di Apartment Lestari, Damansara Damai. Kak Shima menjamu saya dengan menu istimewa beliau Kue Teaw Sup Kuah Ikan, Kak Shima menggunakan isi ikan parang untuk sup istimewa ini. Sejujurnya saya bukanlah penggemar kue teaw, tapi keenakkan juadah ini membuatkan saya habis semangkuk besar kue teaw sup istimewa ini.

Lihatlah kemewahan dalam sajian ini. Kuah isi ikan parang ini sangat pekat.

Bersama sampingan yang mewah. Udang, sotong dan sayur bok choy.

Terlupa pulak saya letak bebola ikan bersaiz mega ni.

Udang dan sotong memang sangat mesra dimakan bersama kue tiaw sup kuah isi ikan parang ini.

Bok choy celur melengkapkan juadah ini sebagai satu sajian bernutrisi lengkap.

Nak lebih 'kick' makan bersama cili potong kicap cair.

Ini antara menu istimewa yang ditawarkan di Petite Kitchen by Shima, yang kini kembali beroperasi. Bagi sesiapa yang nak merasa kue teaw sup hasil air tangan mega star Shima ni, bolehlah selit order bila Kak Shima open order nanti. Selain hidangan ini, menu jualan lain ialah mee jawa istimewa. Nanti saya kongsikan di hantaran lain mengenai mee jawa.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Petite Kitchen by Shima, anda boleh lawati fan page facebook milik Kak Shima. Kak Shima akan mengemaskini hantaran terkini mengenai perniagaan ini.

Seandainya Kak Shima buka tempahan, anda boleh terus selit order melalui aplikasi whatsapp ke talian +6017- 608 5282. Sekiranya tempahan telah dibuat anda boleh pilih samada untuk mengambil sendiri di apartment Lestari atau anda juga boleh aturkan perkhidmatan penghantaran. Bagi tempahan 4 bungkus ke bawah, anda boleh memilih penghantaran menggunakan motorsikal. Ini kerana bekas bungkusan yang Kak Shima gunakan bukanlah bekas bulat kecil seperti yang digunakan oleh kebanyakkan peniaga lain. Kak Shima menggunakan 2 bekas sederhana segi empat bagi setiap tempahan. Satu bekas untuk mee / kue teau bersama sampingan dan satu bekas lagi untuk mengisi kuah.

Owh! Hampir terlupa saya mengenai harga. Harga sebungkus ialah RM 18.00. Jangan ditanya kenapa harganya sebegitu. Order dulu, rasa dulu, baru anda tahu samada pembelian anda berbaloi atau tidak. Secara peribadi, bagi saya, harga tersebut amat berpatutan dengan portion  yang banyak dan bahan-bahan mewah yang digunakan.

2 comments:

  1. Salam tuan. Saya rasa terdapat percanggahan antara nombor di logo dan teks yang tuan taip..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betulll.... salah... nombor Petite Kitchen yang betul ialah 017-608 5282... terima kasih maklumkan... nanti saya edit posting ni...

      Delete