Friday, July 3, 2020

Projek Youtube Channel


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Buat makluman semua Shima dalam peringkat akhir untuk mewujudkan youtube channel sendiri. Rancangan untuk memiliki youtube channel ini telah lama disuarakan oleh kami yang rapat dengan Shima. Beberapa perbincangan telah saya adakan bersama Shima tentang konsep youtube channel tersebut.

Petang ini saya akan menziarahi Shima di kediaman beliau untuk perbincangan terakhir sebelum video pertama dimuatnaik.

Namun begitu jangan terlalu teruja untuk melihat konten yang sama seperti youtube channel penyanyi lain. Sebagai permulaan kami akan memuatnaik lagu-lagu yang pernah Shima rakamkan dan dipasarkan secara komersil.

Terlalu banyak lagu-lagu lain yang bagus pernah dirakamkan oleh Shima, namun ianya tidak pernah berjaya secara komersil. Dalam kata lain terlalu banyak lagu-lagu bagus dalam senarai diskografi Shima yang tidak popular. Dengan itu kami team Shima akan memuatnaik kesemua senarai diskografi lengkap Shima ke dalam youtube channel tersebut terlebih dahulu.

Setakat hari ini saya telah menyiapkan video bagi lagu-lagu yang terkandung dalam album Kelkatu Gugur Sayapnya (1989) dan Shima (1990).

Sebelum youtube channel tersebut dinyatakan secara rasmi, saya menjemput pengunjung-pengunjung laman blog ini untuk menyarankan nama youtube channel yang sesuai. Shima mahukan sesuatu yang catchy, simple dan mudah diingati. Setakat ini beberapa cadangan telah diutarakan adalah seperti: -
1.   Shima
2.   Shima's Music
3.   Shima Rocker
4.   Shima Teringin
5.   Shima 69

Secara peribadi Shima tidak bersetuju untuk menggunakan nama Shima Teringin kerana ianya tidak adil kepada lagu-lagu lain dalam himpunan diskografi beliau.

Sekiranya anda mempunyai cadangan lain sila kemukakan di ruangan komen atau hubungi saya melalui emel.

Terima kasih.