Monday, October 30, 2017

THROWBACK TUESDAY

 

Pengumuman kepada semua pelawat laman blog ini. 

Saya akan memaparkan keratan-keratan majalah / akhbar / artikel yang berkaitan dengan penyanyi hebat Shima pada setiap Selasa. Ini bertujuan agar semua peminat Shima berpeluang untuk mengimbau kembali perjalanan seni penyanyi terbaik ini.

Untuk memberi manfaat kepada generasi baru yang tidak sempat mengikuti perkembangan Shima di zaman kegemilangan beliau, saya akan memaparkan artikel berkenaan mengikut kronologi masa. Ini bagi memberi kesan jelas tentang perjalanan seni Shima.

Dengan itu saya telah membuang 14 posting 'throwback' yang pernah dipaparkan di dalam blog ini sebelum ini, yang mana ianya telah diletakkan secara rawak (tidak mengikut kronologi masa).

Saya juga memohon jasa baik sekiranya ada di kalangan sahabat-sahabat semua yang memiliki artikel berkaitan Shima untuk berkongsi dengan saya untuk seterusnya dikongsikan di blog ini. Ini kerana mungkin banyak lagi artikel berkaitan Shima yang tiada dalam simpanan saya. Setakat ini saya hanya ada lebih kurang 50 keratan artikel sahaja. Kesudian anda untuk berkongsi amatlah dihargai.

Terima kasih.