Friday, October 1, 2021

Hikayat Rok: Rintihan Kasih





Salam sejahtera semua,

Mungkin ramai di luar sana menyangka Shima merakam suara kali pertama ke dalam album Kelkatu Gugur Sayapnya pada tahun 1989.

Namun sebelum itu, Shima terlebih dahulu terlibat dalam pembikinan album Hikayat Rok, pada tahun 1988. Penerbit album tersebut adalah Lord yang merupakan ketua kumpulan The Boys yang dianggotai oleh Shima. Dalam trek ke-6, Shima berpadu suara bersama kumpulan Hydra dalam lagu Rintihan Kasih

Dalam kredit album, nama Shima diperkenalkan sebagai penyanyi latar. Namun jika diamati secara teliti lagu tersebut, peranan Shima bukanlah sebagai penyanyi latar, tetapi lebih kepada penampilan khas (featuring). Namun di tahun 1988 terma featuring tidak digunakan secara meluas seperti sekarang. Terma yang paling tepat untuk lagu Rintihan Kasih adalah Hydra menampilkan Shima atau Hydra featuring Shima.

Anda boleh menghayati lagu yang sangat hebat ini di youtube. Ramai yang memuatnaik lagu ini ke saluran youtube mereka. Hayatilah mutu vokal Shima yang amat dahsyat dan menggerunkan. Vokal Shima pada usia 19 tahun sememangnya sangat-sangat mantap dan membuatkan bulu roma pendengar meremang. Gabungan vokal Hydra dan Shima sememangnya harmoni dan menjadikan lagu Rintihan Kasih sebuah lagu rock ballads yang sangat indah.

Berikut adalah lirik kepada lagu berkenaan: -


RINTIHAN KASIH

Bukan Salahku Bukan Salahmu

Kita Bertemu Bercinta Pula

Segunung Harapan Cinta Ku Puja

Sejambak Bahagia Yang Ku Pinta


Hadirmu Kasih Membawa Sinaran

Bagaikan Bunga Yang Mekar Mewangi

Bukan Perpisahan Yang Ku Tangisi

Pertemuan Indah Yang Ku Kesali


Hati Meronta Kesunyian

Hati Meronta Kesunyian


Titisan Air Mata Bukan Tandanya Ku Derita

Gurau Dan Senda Bukan Tandanya Ku Bahagia

Kembalilah Kekasih Dampingilah Diriku

Sinarilah Kekasih Menyirami Hidupku


Hati Memanggilmu Sayang

Hati Memanggilmu Pulang


Artis: Hydra feat. Shima

Lagu: Hydra

Lirik: A.D. Susilo / Abu Kamal

Sususnan Muzik: Hydra / Lord

Penerbit: Lord

Album: Hikayat Rok

Tahun: 1988

Sunday, September 12, 2021

Happy Birthday The Strongest Fighter

Today is a special day, because it marks the day that the most highly talented person was born. I appreciate you for always making me happy even when I am down. I am wishing you long life with peace and prosperity.


Happy Birthday to the strongest fighter I ever know to grace this earth. I always admire your strength. Today, as we celebrate your existence, I pray that may Allah bless you with endless happiness in this world and hereafter.

Friday, August 6, 2021

Petite Kitchen by Shima: Updated Menu










Finalised!!! Petite Kitchen by SHIMA's menu so far... many more to come...

Hurry up!!! Get this piece of heaven by whatsapp +6017-807 1531 to place your order now. Order to be made in advance.

Kindly visit Petite Kitchen by Shima's FB and IG to read and watch the satisfied customers' review.

Thank you.

Monday, August 2, 2021

Petite Kitchen by Shima: Food Review







Alhamdulillah, tanggal 25.07.2021 saya berpeluang merasa signature dish Meatloaf set dari Petite Kitchen by SHIMA.

Set ini mengandungi: -
1. Sebuku meatloaf (dipotong besar kepada 10 keping);
2. Mushroom gravy; dan
3. 2 tub kentang putar.

Sebelum ini saya tidak pernah makan meatloaf, pertama kali merasanya hasil air tangan megastar Shima, saya terkedu dan terkelu kerana ianya amat lazat. Shima terlalu bijak dalam kombinasi ini, ketiga-tiga hidangan ini mesra bila dimakan bersama. 

Dek kerana bahan-bahan yang berkualiti tinggi yang digunakan, tekstur hidangan ini sangat lembut dan juicy. Antara bahan yang Shima gunakan adalah Australian minched beef, minyak zaitun dan premium shiikate mushroom dalam menyajikan set ini.

Saya menyeru anda di luar sana untuk segera hubungi Petite Kitchen by SHIMA di nombor +6017-807 1531 melalui whatsapp segera untuk membuat tempahan. Saya jamin anda pasti tidak akan kecewa.

Saturday, July 31, 2021

Petite Kitchen by Shima: Food Review











Pada 24 Julai 2021, saya telah menempah set Roasted Chicken dari Petite Kitchen by Shima. Set ini mengandungi: -
1. 1 whole roasted chicken;
2. 2 tubs of creamy mashed potatoes; dan
3. Pan gravy

Selain itu saya juga menempah 1 set scones. Dalam hantaran ini saya hanya memuatnaik video ulasan sahaja. In shaa Allah, jika tiada aral, ulasan bertulis secara terperinci akan saya paparkan pada 2hb. Ogos 2021.

Nantikan juga hantaran ulasan tentang set mealloaf with creamy mushroom gravy.

Thursday, July 29, 2021

Throwback: Pencarian - Album Studio Wizards


Mungkin ramai di luar sana berfikir bahawa kerjaya seni Shima bermula dengan kugiran The Boys. Rasanya tidak ramai yang tahu bahawa sebelum dilamar menganggotai kumpulan The Boys bagi mengisi kekosongan tempat vokalis utama, Shima terlebih dahulu menjadi anggota kugiran Wizards.

Saya pernah terbaca satu artikel dalam majalah Variapop, dalam satu sesi penggambaran bersama Ajin (bekas vokalis kumpulan Blackrose), Shima dan Ajin mengimbas kembali kenangan mereka bersama ketika menganggotai kumpulan Wizards. 

Namun sebelum tempat Shima sebagai vokalis diganti oleh Awie, kumpulan ini dinamakan Black Wizards. Setelah Shima mengundur diri, kumpulan ini diganti nama Wizards sahaja. Dalam kumpulan ini Ajin bukanlah vokalis utamanya. Posisi Ajin dalam kumpulan ini adalah sebagai pemain drum.

Saya berkongsi gambar ini dengan Shima, menurut beliau anggota kumpulan yang paling kanan telah meninggal dunia. Kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Tuesday, July 20, 2021

Selamat Hari Raya Aidiladha




Buat semua pengunjung laman blog ini dan peminat setia KU NAZATUL SHIMA BINTI KU KAMARAZZAMAN, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada yang merayakannya.

Seperti nasihat kesayangan kita SHIMA di atas, jangan sesekali pergi mengunjung dan jangan terima apa-apa kunjungan, kita masih berperang. Jaga diri dan kekal selamat.

Jangan lupa untuk terus memberi sokongan kepada Petite Kitchen by Shima.

Monday, July 19, 2021

Petite Kitchen by Shima: Whatsapp Number


This is whatsapp number for Petite Kitchen by Shima: +6017-807 1531.

Please don't misuse this number. This number is solely for business purpose. This number should be contacted only to order from  Petite Kitchen by Shima.

Thank you.

Saturday, July 17, 2021

Petite Kitchen by Shima: Official Facebook and Instagram Page

Finalised!!! I'm begging all of Shima's fans out there to follow and boost this newly born facebook and instagram pages. Shima's will update everything about her newly launched business in these pages. Coming soon is the official whatsapp number solely for Petite Kitchen by Shima purpose.

Facebook

Instagram

Friday, June 25, 2021

Hot From Kitchen...


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Bagaimana dengan kehidupan seharian anda sepanjang PKP ni? Saya pasti sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan bersama-sama berjuang untuk menghentikan penularan wabak Covid-19, anda semua sentiasa berada di rumah.

Bosan di rumah? Tak tahu apa yang hendak dimasak? Jemu dengan perkhidmatan penghataran sedia ada? Inginkan sesuatu yang berkualiti premium, dimasak oleh selebriti tersohor? Inilah jawapannya!

Bermula hari ini, 25hb. Jun 2021, penyanyi kesayangan ramai Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman kembali memulakan perniagaan makanan. Tidak seperti sebelum ini, di mana Shima menjual nasi campur di Warong Teringin, kali ini pemenang Persembahan Vokal Terbaik AIM 1993 beroperasi sepenuhnya dari rumah sebagai menyahut seruan kerajaan untuk kekal di rumah atau stay home.


Pelanggan pertama Shima, menempah menu creamy lamb shank, mashed potatoes and gravy






Bekas vokalis utama band Shima & The Boys ini akan menguar-uarkan perincian lanjut mengenai menu dan hal berkaitan perniagaan ini di laman sosial instagram beliau (anda boleh klik pautan IG tersebut di ruangan atas blog ini). Jadi agar anda tidak ketinggalan untuk merasai air tangan pemenang Persembahan Terbaik Juara Lagu 1991 ini, pastikan anda mengikuti IG beliau dan sentiasa nantikan hantaran terkini di laman sosial tersebut.

Semalam Shima telah memaklumkan saya mengenai perkara ini. Sebagai peminat paling fanatik beliau, saya merasa sangat teruja dengan perkhabaran tersebut. Sepanjang perkenalan kami, saya telah beberapa kali merasa hasil masakan beliau. Sememangnya beliau merupakan seorang yang sangat handal dalam bidang masakan. Kelazatan hidangan Shima setanding dengan masakan chef terkemuka. 



Satu hal yang perlu ditekankan di sini, Shima amat mementingkan kualiti masakan dan bahan yang digunakan. Sebagai seorang berbintang virgo (me too :D), ketelitian dan kesempurnaan sentiasa menjadi keutamaan Shima. Anda boleh nilaikan sendiri tentang kualiti premium penyediaan makanan Shima berdasarkan gambar-gambar di dalam hantaran ini.

Mari kita bersama teruskan sokongan kepada Shima.


***********************************************************************************

Lihatlah portion makanan ini, teramat supreme. Memang berbaloi kualiti, kuantiti dan mutu dengan harga.


Creamy Lamb Shank

Mashed Potatoes

Gravy

Friday, January 1, 2021

Selamat Tahun Baru 2021




Selamat Menyambut Tahun Baru 2021.

Saya ada satu pengumuman yang ingin dibuat. Bermula tahun 2021, hantaran throwback tidak lagi dibuat sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada setiap Selasa dan Khamis. Saya memutuskan untuk membuat hantaran throwback setiap selang sehari bermula 2hb. Januari 2021.

Kepada semua pengunjung laman blog ini dan peminat-peminat penyanyi lagenda Shima, saya mendoakan agar tahun 2021 membawa sinar baru dalam kehidupan anda semua. Semoga cahaya yang lebih cerah juga menyinari kehidupan kesayangan kita semua Ku Nazhatul Shima binti Ku Kamarazzaman.