Friday, June 25, 2021

Hot From Kitchen...


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Bagaimana dengan kehidupan seharian anda sepanjang PKP ni? Saya pasti sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan bersama-sama berjuang untuk menghentikan penularan wabak Covid-19, anda semua sentiasa berada di rumah.

Bosan di rumah? Tak tahu apa yang hendak dimasak? Jemu dengan perkhidmatan penghataran sedia ada? Inginkan sesuatu yang berkualiti premium, dimasak oleh selebriti tersohor? Inilah jawapannya!

Bermula hari ini, 25hb. Jun 2021, penyanyi kesayangan ramai Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman kembali memulakan perniagaan makanan. Tidak seperti sebelum ini, di mana Shima menjual nasi campur di Warong Teringin, kali ini pemenang Persembahan Vokal Terbaik AIM 1993 beroperasi sepenuhnya dari rumah sebagai menyahut seruan kerajaan untuk kekal di rumah atau stay home.


Pelanggan pertama Shima, menempah menu creamy lamb shank, mashed potatoes and gravy






Bekas vokalis utama band Shima & The Boys ini akan menguar-uarkan perincian lanjut mengenai menu dan hal berkaitan perniagaan ini di laman sosial instagram beliau (anda boleh klik pautan IG tersebut di ruangan atas blog ini). Jadi agar anda tidak ketinggalan untuk merasai air tangan pemenang Persembahan Terbaik Juara Lagu 1991 ini, pastikan anda mengikuti IG beliau dan sentiasa nantikan hantaran terkini di laman sosial tersebut.

Semalam Shima telah memaklumkan saya mengenai perkara ini. Sebagai peminat paling fanatik beliau, saya merasa sangat teruja dengan perkhabaran tersebut. Sepanjang perkenalan kami, saya telah beberapa kali merasa hasil masakan beliau. Sememangnya beliau merupakan seorang yang sangat handal dalam bidang masakan. Kelazatan hidangan Shima setanding dengan masakan chef terkemuka. 



Satu hal yang perlu ditekankan di sini, Shima amat mementingkan kualiti masakan dan bahan yang digunakan. Sebagai seorang berbintang virgo (me too :D), ketelitian dan kesempurnaan sentiasa menjadi keutamaan Shima. Anda boleh nilaikan sendiri tentang kualiti premium penyediaan makanan Shima berdasarkan gambar-gambar di dalam hantaran ini.

Mari kita bersama teruskan sokongan kepada Shima.


***********************************************************************************

Lihatlah portion makanan ini, teramat supreme. Memang berbaloi kualiti, kuantiti dan mutu dengan harga.


Creamy Lamb Shank

Mashed Potatoes

Gravy