Showing posts with label Warong Teringin. Show all posts
Showing posts with label Warong Teringin. Show all posts

Sunday, July 2, 2023

Petite Kitchen: Makan-Makan D'Lestari

Alhamdulullah, saya baru sahaja kembali dari menziarahi megastar pujaan ramai, Shima di kediaman beliau di Apartment Lestari, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor. Kenyang saya menikmati juadah hasil air tangan Kak Shima.

Nasi jagung berlaukkan ikan nyoknyok masak stim, sambal sotong, ikan goreng dan sawi masak bening.

Friday, June 30, 2023

Petite Kitchen: Makan-Makan D'Lestari

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Saya hanya ingin berkongsi masakan megastar Shima yang sempat saya nikmati minggu lepas dan semalam.

Nasi putih lauk ayam masak padang dan sayur buncis goreng bersama udang kering.

Juadah pagi raya haji. Lemang instant, rendang daging dan ayam ungkep.

Sunday, June 18, 2023

Petite Kitchen: Bakso



Alhamdulillah, tengah hari semalam saya dijemput ke rumah megastar Shima untuk merasa air tangan khas beliau, bakso. Kuah sup istimewa Kak Shima sangat berbeza dengan bakso lain yang ada di luar sana. Kak Shima memasak homemade meatball bersekali dengan daging tetel di dalam kuah istimewa ini.

Homemade meatball ini pulak adalah resepi Kak Shima sendiri. Beliau hanya menggunakan daging segar tempatan yang dikisar.







Bahan-bahan di ataslah menyempurnakan hidangan bakso.



Ketika menaip hantaran ini pun, masih terbayang-bayang di fikiran saya keenakkan bakso Kak Shima.




Alhamdulillah, puas sungguh saya makan bakso semalam. In shaa Allah, bakso juga bakal dijual di Petite Kitchen by Shima nanti. Jadi tunggu.

Monday, June 12, 2023

Petite Kitchen: Makan-Makan D'Lestari

Hai semua, pada hantaran kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menziarahi megastar pujaan ramai Shima. Setiap kali bertandang ke kediaman Kak Shima di Apartment Lestari, Damansara Damai, beliau pasti menyajikan hidangan yang sangat enak.

Nasi berlauk asam pedas ikan dan sayur sawi masak bening. Rendang ayam juga tidak dilupa.

Laksa isi ikan parang

Nasi berlauk sup ikan dan sayur kangkung.

Nasi berlauk sambal ikan kerisi dan kerabu pucuk paku (lupa tangkap gambar) dan pengat keledek.

Kali pertama saya merasa mee jawa terus jatuh cinta.

Kue teaw sup seafood. Pertama kali juga saya mencuba hidangan yang super delicious ini.

Nasi putih lauk sup tulang & rusuk, ikan lampam goreng dan semestinya signature sambal belacan Warong Teringin.

Soto boyan.

Ada di antara hidangan di atas dijual di Petitite Kitchen by Shima. Jadi jika anda teringin merasa masakan hasil air tangan megastar kita ni, jangan lupa mengikuti fanpage facebook Shima dan nantikan masa Kak Shima membuka tempahan. 

Suka saya ingatkan bahawa Kak Shima hanya menerima tempahan dalam jumlah yang terhad sahaja memandangkan keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan beliau dari memasak dalam kuantiti yang banyak.

Teruskan sokongan anda kepada Petite Kitchen by Shima.

Update: Tengah hari tadi kak Shima tapaukan kari kering kambing dan kentang.

Saturday, June 10, 2023

Petite Kitchen: Soto Boyan


Alhamdulillah, saya baru balik dari berkunjung ke rumah kakak angkat saya yang juga merupakan penyanyi tersohor Shima. 

Hari ini Kak Shima menjamu saya dengan soto boyan. Soto boyan ini agak berlainan sedikit rasanya dengan soto yang biasa didapati di sini. Kuahnya agak pekat berbanding soto biasa yang berkuah cair, ini kerana soto boyan menggunakan rempah ratus yang banyak.











Syukur alhamdulillah, saya amat bertuah kerana berpeluang menikmati juadah yang sangat enak ini. Segalanya serba sempurna di tekak saya. Kepada yang di luar sana, anda juga berpeluang untuk menikmati juadah ini, kerana ia merupakan salah satu menu yang dijual di Petite Kitchen by Shima. Nantikan bila tempahan untuk menu ini dibuka. Anda hanya perlu mengikuti laman facebook fanpage Kak Shima.



Kalau anda menempah nanti beginilah rupanya. Jadi jangan tunggu lama jika tempahan dibuka. Kerana Kak Shima hanya menerima pesanan dalam jumlah yang terhad memandangkan keadaan kesihatan beliau yang tidak mengiznkan beliau dari menerima tempahan yang banyak dalam satu-satu masa.


Wednesday, May 31, 2023

Petite Kitchen by Shima: Mee Jawa



Alhamdulillah, hari ini (30.05.2023) merupakan hari pertama Petite Kitchen by Shima (PKBS) kembali beroperasi. Kali ini PKBS beroperasi secara open order. Menu hari ini adalah mee jawa. Ini merupakan kali kedua saya menikmati mee jawa hasil air tangan megastar Shima. Kali pertama merasanya dulu saya memang jatuh cinta dengan kelazatan menu ini.



Kak Shima bungkus mee dan kuah dalam bekas bersaiz sedang. Bukan bekas bulat kecil.

Lihatlah segala isi sampingan yang mengiurkan.

Kuah keledek, kentang dan udang kering yang amat pekat.


Biarlah gambar dan feedback dari kawan saya yang sama-sama selit order berbicara tentang mutu premium hidangan ini.





Kalau saya kata teramat sedap mungkin ada yang beranggapan ianya berat sebelah. Tapi lihat sendiri maklum balas kawan saya.


Jadi apa lagi, nantikan perkembangan mengenai PKBS dengan mengikuti fan page facebook milik Shima. Terus selitkan order anda bila Kak Shima buka tempahan. Jangan terlambat kerana tempahan adalah terhad, ini kerana keadaan kesihatan Kak Shima tidak mengizinkan beliau untuk mengambil jumlah tempahan yang banyak.

---------‐--------

Update maklum balas untuk tempahan mee jawa pada 9 Jun 2023.

Kawan saya ni kata tak cukup mee sebab dia makan berkongsi bertiga dengan anak-anaknya.

Repeat order. What does this indicate?

Monday, May 29, 2023

Petite Kitchen Kembali


Semalam saya menziarahi penyanyi pujaan ramai Shima di kediaman beliau di Apartment Lestari, Damansara Damai. Kak Shima menjamu saya dengan menu istimewa beliau Kue Teaw Sup Kuah Ikan, Kak Shima menggunakan isi ikan parang untuk sup istimewa ini. Sejujurnya saya bukanlah penggemar kue teaw, tapi keenakkan juadah ini membuatkan saya habis semangkuk besar kue teaw sup istimewa ini.

Lihatlah kemewahan dalam sajian ini. Kuah isi ikan parang ini sangat pekat.

Bersama sampingan yang mewah. Udang, sotong dan sayur bok choy.

Terlupa pulak saya letak bebola ikan bersaiz mega ni.

Udang dan sotong memang sangat mesra dimakan bersama kue tiaw sup kuah isi ikan parang ini.

Bok choy celur melengkapkan juadah ini sebagai satu sajian bernutrisi lengkap.

Nak lebih 'kick' makan bersama cili potong kicap cair.

Ini antara menu istimewa yang ditawarkan di Petite Kitchen by Shima, yang kini kembali beroperasi. Bagi sesiapa yang nak merasa kue teaw sup hasil air tangan mega star Shima ni, bolehlah selit order bila Kak Shima open order nanti. Selain hidangan ini, menu jualan lain ialah mee jawa istimewa. Nanti saya kongsikan di hantaran lain mengenai mee jawa.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Petite Kitchen by Shima, anda boleh lawati fan page facebook milik Kak Shima. Kak Shima akan mengemaskini hantaran terkini mengenai perniagaan ini.

Seandainya Kak Shima buka tempahan, anda boleh terus selit order melalui aplikasi whatsapp ke talian +6017- 608 5282. Sekiranya tempahan telah dibuat anda boleh pilih samada untuk mengambil sendiri di apartment Lestari atau anda juga boleh aturkan perkhidmatan penghantaran. Bagi tempahan 4 bungkus ke bawah, anda boleh memilih penghantaran menggunakan motorsikal. Ini kerana bekas bungkusan yang Kak Shima gunakan bukanlah bekas bulat kecil seperti yang digunakan oleh kebanyakkan peniaga lain. Kak Shima menggunakan 2 bekas sederhana segi empat bagi setiap tempahan. Satu bekas untuk mee / kue teau bersama sampingan dan satu bekas lagi untuk mengisi kuah.

Owh! Hampir terlupa saya mengenai harga. Harga sebungkus ialah RM 18.00. Jangan ditanya kenapa harganya sebegitu. Order dulu, rasa dulu, baru anda tahu samada pembelian anda berbaloi atau tidak. Secara peribadi, bagi saya, harga tersebut amat berpatutan dengan portion  yang banyak dan bahan-bahan mewah yang digunakan.