Showing posts with label Greetings. Show all posts
Showing posts with label Greetings. Show all posts

Tuesday, July 20, 2021

Selamat Hari Raya Aidiladha




Buat semua pengunjung laman blog ini dan peminat setia KU NAZATUL SHIMA BINTI KU KAMARAZZAMAN, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada yang merayakannya.

Seperti nasihat kesayangan kita SHIMA di atas, jangan sesekali pergi mengunjung dan jangan terima apa-apa kunjungan, kita masih berperang. Jaga diri dan kekal selamat.

Jangan lupa untuk terus memberi sokongan kepada Petite Kitchen by Shima.

Friday, January 1, 2021

Selamat Tahun Baru 2021




Selamat Menyambut Tahun Baru 2021.

Saya ada satu pengumuman yang ingin dibuat. Bermula tahun 2021, hantaran throwback tidak lagi dibuat sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada setiap Selasa dan Khamis. Saya memutuskan untuk membuat hantaran throwback setiap selang sehari bermula 2hb. Januari 2021.

Kepada semua pengunjung laman blog ini dan peminat-peminat penyanyi lagenda Shima, saya mendoakan agar tahun 2021 membawa sinar baru dalam kehidupan anda semua. Semoga cahaya yang lebih cerah juga menyinari kehidupan kesayangan kita semua Ku Nazhatul Shima binti Ku Kamarazzaman.

Wednesday, January 1, 2020

Selamat Tahun Baru 2020


Selamat Tahun Baru 2020.

Bermula minggu hadapan saya akan mengeluarkan semula hantaran "throwback" yang terhenti seketika.

Seperti sebelum ini, hantaran "throwback" akan disiarkan sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis.

Terima kasih.