Alhamdulullah, saya baru sahaja kembali dari menziarahi megastar pujaan ramai, Shima di kediaman beliau di Apartment Lestari, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor. Kenyang saya menikmati juadah hasil air tangan Kak Shima.
Showing posts with label Petite Kitchen by Shima. Show all posts
Showing posts with label Petite Kitchen by Shima. Show all posts
Sunday, July 2, 2023
Friday, June 30, 2023
Petite Kitchen: Makan-Makan D'Lestari
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Saya hanya ingin berkongsi masakan megastar Shima yang sempat saya nikmati minggu lepas dan semalam.
Nasi putih lauk ayam masak padang dan sayur buncis goreng bersama udang kering.
Juadah pagi raya haji. Lemang instant, rendang daging dan ayam ungkep.
Sunday, June 18, 2023
Petite Kitchen: Bakso
Alhamdulillah, tengah hari semalam saya dijemput ke rumah megastar Shima untuk merasa air tangan khas beliau, bakso. Kuah sup istimewa Kak Shima sangat berbeza dengan bakso lain yang ada di luar sana. Kak Shima memasak homemade meatball bersekali dengan daging tetel di dalam kuah istimewa ini.
Homemade meatball ini pulak adalah resepi Kak Shima sendiri. Beliau hanya menggunakan daging segar tempatan yang dikisar.
Bahan-bahan di ataslah menyempurnakan hidangan bakso.
Ketika menaip hantaran ini pun, masih terbayang-bayang di fikiran saya keenakkan bakso Kak Shima.
Alhamdulillah, puas sungguh saya makan bakso semalam. In shaa Allah, bakso juga bakal dijual di Petite Kitchen by Shima nanti. Jadi tunggu.
Friday, June 16, 2023
Petite Kitchen: Kuey Teow Sup Seafood
Alhamdulillah, semalam 15.06.2023 Petite Kitchen by Shima menerima tempahan untuk menu yang sangat istimewa Kuey Teow Sup Seafood.
Biarlah gambar berbicara.
Penuh bekas segi empat bersaiz sedang dengan segala bahan dan kuah. Saya terlupa mengambil gambar bekas cili potong.
Bila disalin ke dalam mangkuk bersaiz besar.
Sangat mengiurkan.
Alhamdulillah.
Beberapa orang rakan saya yang sama membuat tempahan rata-rata memuji kelazatan hidangan yang sangat istimewa ini.
Jadi apa lagi, pastikan anda juga berpeluang menikmati hidangan yang super supreme ini. Mudah saja caranya, ikuti fanpage facebook Shima dan nantikan masa Kak Shima membuka tempahan. Selit tempahan anda, tapi anda kena cepat kerana Kak Shima hanya menerima tempahan dalam kuantiti yang terhad sahaja.
Monday, June 12, 2023
Petite Kitchen: Makan-Makan D'Lestari
Hai semua, pada hantaran kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menziarahi megastar pujaan ramai Shima. Setiap kali bertandang ke kediaman Kak Shima di Apartment Lestari, Damansara Damai, beliau pasti menyajikan hidangan yang sangat enak.
Nasi berlauk asam pedas ikan dan sayur sawi masak bening. Rendang ayam juga tidak dilupa.
Laksa isi ikan parang
Nasi berlauk sup ikan dan sayur kangkung.
Nasi berlauk sambal ikan kerisi dan kerabu pucuk paku (lupa tangkap gambar) dan pengat keledek.
Ada di antara hidangan di atas dijual di Petitite Kitchen by Shima. Jadi jika anda teringin merasa masakan hasil air tangan megastar kita ni, jangan lupa mengikuti fanpage facebook Shima dan nantikan masa Kak Shima membuka tempahan.
Suka saya ingatkan bahawa Kak Shima hanya menerima tempahan dalam jumlah yang terhad sahaja memandangkan keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan beliau dari memasak dalam kuantiti yang banyak.
Teruskan sokongan anda kepada Petite Kitchen by Shima.
Update: Tengah hari tadi kak Shima tapaukan kari kering kambing dan kentang.
Saturday, June 10, 2023
Petite Kitchen: Soto Boyan
Alhamdulillah, saya baru balik dari berkunjung ke rumah kakak angkat saya yang juga merupakan penyanyi tersohor Shima.
Hari ini Kak Shima menjamu saya dengan soto boyan. Soto boyan ini agak berlainan sedikit rasanya dengan soto yang biasa didapati di sini. Kuahnya agak pekat berbanding soto biasa yang berkuah cair, ini kerana soto boyan menggunakan rempah ratus yang banyak.
Syukur alhamdulillah, saya amat bertuah kerana berpeluang menikmati juadah yang sangat enak ini. Segalanya serba sempurna di tekak saya. Kepada yang di luar sana, anda juga berpeluang untuk menikmati juadah ini, kerana ia merupakan salah satu menu yang dijual di Petite Kitchen by Shima. Nantikan bila tempahan untuk menu ini dibuka. Anda hanya perlu mengikuti laman facebook fanpage Kak Shima.
Kalau anda menempah nanti beginilah rupanya. Jadi jangan tunggu lama jika tempahan dibuka. Kerana Kak Shima hanya menerima pesanan dalam jumlah yang terhad memandangkan keadaan kesihatan beliau yang tidak mengiznkan beliau dari menerima tempahan yang banyak dalam satu-satu masa.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































