Showing posts with label Studio Album. Show all posts
Showing posts with label Studio Album. Show all posts

Wednesday, January 1, 2025

Diskografi Shima



Trivia:
Lagu latar yang saya gunakan untuk video di atas berjudul Hidup Mati Rock & Roll. Ianya merupakan lagu terakhir yang dirakamkan oleh Shima setakat hari ini.

Ianya merupakan salah satu runut yang menjadi lagu tema filem Kami Histeria. Lagu tersebut dirakam pada tahun 2013 untuk filem komedi seram keluaran tahun 2014.

Tuesday, December 31, 2024

Diskografi Shima



Trivia:
Lagu latar yang saya gunakan untuk video di atas merupakan lagu pertama yang dirakamkan oleh penyanyi terbaik sepanjang zaman, Shima sepanjang penglibatan beliau dalam dunia seni.

Lagu yang berjudul Rintihan Kasih merupakan salah satu runut yang tersenarai dalam album Hikayat Rok terbitan tahun 1988. Lagu tersebut nyanyian kugiran Rock Hydra. 

Penerbit album tersebut, Lord yang juga merupakan ketua kumpulan Shima & The Boys memanggil Shima untuk berpadu suara dengan kumpulan Hydra bagi mencantikkan lagi lagu rock ballad tersebut.

Thursday, July 29, 2021

Throwback: Pencarian - Album Studio Wizards


Mungkin ramai di luar sana berfikir bahawa kerjaya seni Shima bermula dengan kugiran The Boys. Rasanya tidak ramai yang tahu bahawa sebelum dilamar menganggotai kumpulan The Boys bagi mengisi kekosongan tempat vokalis utama, Shima terlebih dahulu menjadi anggota kugiran Wizards.

Saya pernah terbaca satu artikel dalam majalah Variapop, dalam satu sesi penggambaran bersama Ajin (bekas vokalis kumpulan Blackrose), Shima dan Ajin mengimbas kembali kenangan mereka bersama ketika menganggotai kumpulan Wizards. 

Namun sebelum tempat Shima sebagai vokalis diganti oleh Awie, kumpulan ini dinamakan Black Wizards. Setelah Shima mengundur diri, kumpulan ini diganti nama Wizards sahaja. Dalam kumpulan ini Ajin bukanlah vokalis utamanya. Posisi Ajin dalam kumpulan ini adalah sebagai pemain drum.

Saya berkongsi gambar ini dengan Shima, menurut beliau anggota kumpulan yang paling kanan telah meninggal dunia. Kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Sunday, December 10, 2017

Shima: Reissued Album


Esok (11hb. Disember 2017) album studio solo pertama Shima akan dikeluarkan semula. Pengeluaran semula album yang memuatkan lagu-lagu popular Di Sebalik Sejuta Wajah, Aku Wanita, Menjejak Matahari dan Kenangan Di La Famosa ini sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat setia Shima dan juga pengumpul album muzik tempatan.

Secara peribadi, bagi saya pengeluaran semula album ini dalam format CD sangat istimewa dan sememangnya saya nanti-nantikan. Ini kerana selama ini saya hanya memiliki album ini dalam format kaset sahaja. 

Hakikatnya kebanyakkan penggemar-penggemar muzik di tahun 80-an dan 90-an membeli album dalam format kaset berbanding CD. Perbezaan harga yang ketara merupakan faktor penyumbang kepada perkara ini. Ketika itu teknologi pengeluaran album dalam format CD masih baru dan kebanyakkan syarikat rakaman mengeluarkan album dalam format CD dalam kuantiti yang sangat terhad.

Lataran permintaan yang tinggi terhadap album-album retro ketika ini, beberapa syarikat rakaman mengeluarkan semula album-album terbitan mereka. 

Saya berharap pengeluaran semula album yang menggunakan judul Shima ini bukanlah setakat melepaskan betuk di tangga. Besar harapan saya agar Sony Music memberikan perhatian serius terhadap kualiti mastering album ini. Ini kerana saya amat kecewa dengan pengeluaran semula album Kelkatu Gugur Sayapnya pada tahun lepas, di mana kualiti mastering album berkenaan amat mendukacitakan. Tidak keterlaluan jika saya katakan ianya hancur sama sekali.

Kepada semua peminat Shima dan juga pengumpul khazanah seni tanah air, sila dapatkan album keluaran semula ini bagi melengkapkan koleksi anda.