Showing posts with label Tribute. Show all posts
Showing posts with label Tribute. Show all posts

Sunday, April 26, 2020

Terima Kasih




Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada pengunjung laman blog ini. Setakat hari ini laman blog yang saya dedikasikan kepada lagenda muzik Malaysia, Ku Nazhatul Shima binti Ku Kamarazzaman ini telah mencatat jumlah kunjungan sebanyak 111,111 kali.

Jumlah kunjungan ke laman blog ini mendadak naik semenjak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dikuatkuasa oleh kerajaan Malaysia. Syabas kepada anda semua, kenaikkan jumlah pengunjung ini menandakan anda semua rakyat Malaysia akur pada PKP dengan duduk di rumah.

Sokongan anda semua amatlah dihargai. Terima kasih sekali lagi.

Friday, March 18, 2016

Belangsungkawa Dato' Adnan Abu Hassan (06.01.1959 - 18.03.2016)




Ciptaan hebat allahyarham Dato' Adnan Abu Hassan dinyanyikan penyanyi terhebat sepanjang zaman Shima menjadikan lagu ini sangat istimewa.

MIMPI TAK SELALUNYA INDAH
Kau Ada Dalam Jiwaku Selalu
Betapa Murni Kasih Padamu
Kau Subur Di Halamanku Yang Sepi
Dengan Rasa Tersembunyi
Di Kala Rindu Bersemi

Sayang Kesudahan
Perlayaran Kita
Mimpi Indah Bertukar Gelisah

Kini Terpisah Pandangan
Terpisah Haluan Kau Dan Aku
Di Keasyikan Kau Membisu

Cinta Bukan Mimpi Indah
Bagaimana Yang Diduga
Tak Selalu Menjanjikan
Bahagia Kekal Bertahan

Sehingga Sampainya Waktu
Membawa Haluan Yang Baru
Maafkanlah Aku Pada Kisah Lalu
Andai Mengguris Hatimu

Tinggallah Bayang Dalam Kenanganku
Sebaris Nama Sebuah Cinta
Terima Kasih Atas Pengalaman
Walau Tak Seindah Mimpi
Kau Bukan Milikku Lagi

Lagu : Adnan Abu Hassan
Lirik : Amran Omar