Thursday, September 12, 2019

Happy 50th Birthday to The Real Living Legend


Illness may be a state in your body... but always remember that happiness is a state of mind. 

Being ill may not always in your control... but if you live with positive attitude, happiness is what you will always find.

The real essence of being fifty is not counting how close you are to hundred... but counting how many blessings you have had so far.

Happy 50th Birthday my dearest
Ku Nazhatul Shima binti Ku Kamarazzaman

Friday, August 9, 2019

Temuramah Radio Bersama Bernama Radio



Temuramah bersama Bernama Radio yang disiarkan secara langsung pada 09 Ogos 2019 jam 9:00 pagi.

Temuramah kali ini menceritakan tentang majlis An Evening with Shima yang bakal diadakan pada 16 Ogos 2019 nanti.

Mari kita dengarkan apa kata orang kuat di sebalik tabir majlis tersebut.

Wednesday, July 31, 2019

An Evening with Shima



Ayuh peminat-peminat Shima semua. Lapangkan tarikh anda pada 16 Julai 2019 ini. Mari kita bersama makan malam sambil menikmati alunan merdu suara bintang terhebat ini, bersama penyanyi sensasi masa kini Khai Bahar diiringi petikan gitar Sham Kamikaze.

Wednesday, March 6, 2019

Sanah Helwah Al-Malikat Ruk (عيد مولد سعيد الملكة روك)


Selamat Ulang tahun kelahiran yang ke-51 (menurut kalendar Islam Hijrah) Ku Nazhatul Shima binti Ku Kamarazzaman.

Semoga menjadi insan yang mulia, sentiasa menyayangi dan disayangi Allah. Semoga umurnya barakah, pahala bertambah dan segala urusan dipermudahkan. Amin.

Friday, March 1, 2019

Throwback: Shima v. Seiko


Di atas adalah gambar kulit album Seiko Matsuda yang diterbitkan pada tahun 1990. Seiko Matsuda merupakan bintang pop terbesar Jepun pada era 1980-an. Album yang menggunakan judul Seiko ini merupakan album Inggeris Seiko Matsuda yang dipasarkan ke seluruh dunia.

Pada tahun yang sama, Shima keluar dengan album solo pertama yang menggunakan judul Shima. Di awal kemunculan album tersebut banyak gosip liar tersebar yang mengatakan kulit album Shima meniru kulit album Seiko. 

Mungkin ianya berlaku secara kebetulan ataupun pereka kulit album Shima mengambil inspirasi dari album Seiko.

Apa yang pasti kedua-dua nama besar ini bernaung di bawah label yang sama iaitu CBS.