Alhamdulillah, tanggal 25.07.2021 saya berpeluang merasa signature dish Meatloaf set dari Petite Kitchen by SHIMA.
Set ini mengandungi: -
1. Sebuku meatloaf (dipotong besar kepada 10 keping);
2. Mushroom gravy; dan
3. 2 tub kentang putar.
Sebelum ini saya tidak pernah makan meatloaf, pertama kali merasanya hasil air tangan megastar Shima, saya terkedu dan terkelu kerana ianya amat lazat. Shima terlalu bijak dalam kombinasi ini, ketiga-tiga hidangan ini mesra bila dimakan bersama.
Dek kerana bahan-bahan yang berkualiti tinggi yang digunakan, tekstur hidangan ini sangat lembut dan juicy. Antara bahan yang Shima gunakan adalah Australian minched beef, minyak zaitun dan premium shiikate mushroom dalam menyajikan set ini.
Saya menyeru anda di luar sana untuk segera hubungi Petite Kitchen by SHIMA di nombor +6017-807 1531 melalui whatsapp segera untuk membuat tempahan. Saya jamin anda pasti tidak akan kecewa.