Alhamdulillah, hari ini (30.05.2023) merupakan hari pertama Petite Kitchen by Shima (PKBS) kembali beroperasi. Kali ini PKBS beroperasi secara open order. Menu hari ini adalah mee jawa. Ini merupakan kali kedua saya menikmati mee jawa hasil air tangan megastar Shima. Kali pertama merasanya dulu saya memang jatuh cinta dengan kelazatan menu ini.
Kak Shima bungkus mee dan kuah dalam bekas bersaiz sedang. Bukan bekas bulat kecil.
Lihatlah segala isi sampingan yang mengiurkan.
Kuah keledek, kentang dan udang kering yang amat pekat.
Biarlah gambar dan feedback dari kawan saya yang sama-sama selit order berbicara tentang mutu premium hidangan ini.
Kalau saya kata teramat sedap mungkin ada yang beranggapan ianya berat sebelah. Tapi lihat sendiri maklum balas kawan saya.
Jadi apa lagi, nantikan perkembangan mengenai PKBS dengan mengikuti fan page facebook milik Shima. Terus selitkan order anda bila Kak Shima buka tempahan. Jangan terlambat kerana tempahan adalah terhad, ini kerana keadaan kesihatan Kak Shima tidak mengizinkan beliau untuk mengambil jumlah tempahan yang banyak.
---------‐--------
Update maklum balas untuk tempahan mee jawa pada 9 Jun 2023.
Kawan saya ni kata tak cukup mee sebab dia makan berkongsi bertiga dengan anak-anaknya.
Repeat order. What does this indicate?