Friday, June 25, 2021

Hot From Kitchen...


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Bagaimana dengan kehidupan seharian anda sepanjang PKP ni? Saya pasti sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan bersama-sama berjuang untuk menghentikan penularan wabak Covid-19, anda semua sentiasa berada di rumah.

Bosan di rumah? Tak tahu apa yang hendak dimasak? Jemu dengan perkhidmatan penghataran sedia ada? Inginkan sesuatu yang berkualiti premium, dimasak oleh selebriti tersohor? Inilah jawapannya!

Bermula hari ini, 25hb. Jun 2021, penyanyi kesayangan ramai Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman kembali memulakan perniagaan makanan. Tidak seperti sebelum ini, di mana Shima menjual nasi campur di Warong Teringin, kali ini pemenang Persembahan Vokal Terbaik AIM 1993 beroperasi sepenuhnya dari rumah sebagai menyahut seruan kerajaan untuk kekal di rumah atau stay home.


Pelanggan pertama Shima, menempah menu creamy lamb shank, mashed potatoes and gravy






Bekas vokalis utama band Shima & The Boys ini akan menguar-uarkan perincian lanjut mengenai menu dan hal berkaitan perniagaan ini di laman sosial instagram beliau (anda boleh klik pautan IG tersebut di ruangan atas blog ini). Jadi agar anda tidak ketinggalan untuk merasai air tangan pemenang Persembahan Terbaik Juara Lagu 1991 ini, pastikan anda mengikuti IG beliau dan sentiasa nantikan hantaran terkini di laman sosial tersebut.

Semalam Shima telah memaklumkan saya mengenai perkara ini. Sebagai peminat paling fanatik beliau, saya merasa sangat teruja dengan perkhabaran tersebut. Sepanjang perkenalan kami, saya telah beberapa kali merasa hasil masakan beliau. Sememangnya beliau merupakan seorang yang sangat handal dalam bidang masakan. Kelazatan hidangan Shima setanding dengan masakan chef terkemuka. 



Satu hal yang perlu ditekankan di sini, Shima amat mementingkan kualiti masakan dan bahan yang digunakan. Sebagai seorang berbintang virgo (me too :D), ketelitian dan kesempurnaan sentiasa menjadi keutamaan Shima. Anda boleh nilaikan sendiri tentang kualiti premium penyediaan makanan Shima berdasarkan gambar-gambar di dalam hantaran ini.

Mari kita bersama teruskan sokongan kepada Shima.


***********************************************************************************

Lihatlah portion makanan ini, teramat supreme. Memang berbaloi kualiti, kuantiti dan mutu dengan harga.


Creamy Lamb Shank

Mashed Potatoes

Gravy

Friday, January 1, 2021

Selamat Tahun Baru 2021




Selamat Menyambut Tahun Baru 2021.

Saya ada satu pengumuman yang ingin dibuat. Bermula tahun 2021, hantaran throwback tidak lagi dibuat sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada setiap Selasa dan Khamis. Saya memutuskan untuk membuat hantaran throwback setiap selang sehari bermula 2hb. Januari 2021.

Kepada semua pengunjung laman blog ini dan peminat-peminat penyanyi lagenda Shima, saya mendoakan agar tahun 2021 membawa sinar baru dalam kehidupan anda semua. Semoga cahaya yang lebih cerah juga menyinari kehidupan kesayangan kita semua Ku Nazhatul Shima binti Ku Kamarazzaman.

Saturday, September 12, 2020

Happy Birthday Queen

 

 It Feels Good To Have Inspiration

Someone Who Is Thy's Beautiful Creation


You Showed Me How To Defy Gravity, So That It No More Weights You Down

You Showed Me To Live Like A Queen, You Don't Always Need A Crown


Hoping That All Your Pain Are Turned To Ashes

Praying That All Your Pockets Are Filled With Cashes


Stay The Way You Are And Always Smile

'Cause There Are People Holdin' Onto You, Though Apart By Miles


So Far The Life's Been Great, Cherish Each Day

I Hope Every One Wished You Like I Do

Happy Birthday My Queen

Friday, July 3, 2020

Projek Youtube Channel


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Buat makluman semua Shima dalam peringkat akhir untuk mewujudkan youtube channel sendiri. Rancangan untuk memiliki youtube channel ini telah lama disuarakan oleh kami yang rapat dengan Shima. Beberapa perbincangan telah saya adakan bersama Shima tentang konsep youtube channel tersebut.

Petang ini saya akan menziarahi Shima di kediaman beliau untuk perbincangan terakhir sebelum video pertama dimuatnaik.

Namun begitu jangan terlalu teruja untuk melihat konten yang sama seperti youtube channel penyanyi lain. Sebagai permulaan kami akan memuatnaik lagu-lagu yang pernah Shima rakamkan dan dipasarkan secara komersil.

Terlalu banyak lagu-lagu lain yang bagus pernah dirakamkan oleh Shima, namun ianya tidak pernah berjaya secara komersil. Dalam kata lain terlalu banyak lagu-lagu bagus dalam senarai diskografi Shima yang tidak popular. Dengan itu kami team Shima akan memuatnaik kesemua senarai diskografi lengkap Shima ke dalam youtube channel tersebut terlebih dahulu.

Setakat hari ini saya telah menyiapkan video bagi lagu-lagu yang terkandung dalam album Kelkatu Gugur Sayapnya (1989) dan Shima (1990).

Sebelum youtube channel tersebut dinyatakan secara rasmi, saya menjemput pengunjung-pengunjung laman blog ini untuk menyarankan nama youtube channel yang sesuai. Shima mahukan sesuatu yang catchy, simple dan mudah diingati. Setakat ini beberapa cadangan telah diutarakan adalah seperti: -
1.   Shima
2.   Shima's Music
3.   Shima Rocker
4.   Shima Teringin
5.   Shima 69

Secara peribadi Shima tidak bersetuju untuk menggunakan nama Shima Teringin kerana ianya tidak adil kepada lagu-lagu lain dalam himpunan diskografi beliau.

Sekiranya anda mempunyai cadangan lain sila kemukakan di ruangan komen atau hubungi saya melalui emel.

Terima kasih.