Sinar Harian 28 Disember 2018
Friday, December 28, 2018
Saturday, December 22, 2018
Sunday, December 16, 2018
Friday, December 14, 2018
Warong Teringin Update
Alhamdulillah, tengah hari tadi saya berjaya menghantar stand bunting ke Warong Teringin. Setibanya saya sekitar jam 11:50 pagi, Shima dan suami agak santai kerana kebanyakan lauk-pauk jualannya telah habis terjual.
Untuk hari ini saya memilih ayam masak black pepper dan sayur taugeh goreng air. Nasib saya agak baik kerana ayam masak black pepper hanya tinggal seketul sahaja. Sekiranya saya tiba lewat sedikit sudah pasti ayam tersebut telah sold out seperti kebanyakan lauk lain.
Thursday, December 13, 2018
Warong Teringin: Tripod Stand Bunting
Semenjak Shima mula menyuarakan hasrat membuka gerai makanan, saya berjanji untuk menghadiahkan banner. Beberapa kali saya berbincang dengan Shima mengenai perincian banner tersebut seperti reka bentuk, saiz, warna dan sebagainya. Shima mahukan sesuatu yang ringkas sahaja.
Akhirnya, saya rasakan stand bunting lebih sesuai dengan Warong Teringin. Tengah hari tadi saya menerima panggilan dari kedai tempahan bahawa bunting tersebut telahpun siap. In shaa Allah, jika tiada halangan, esok saya akan menghantar bunting ini ke lokasi Warong Teringin by Shima.
Subscribe to:
Comments (Atom)









