Friday, July 3, 2020

Projek Youtube Channel


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Buat makluman semua Shima dalam peringkat akhir untuk mewujudkan youtube channel sendiri. Rancangan untuk memiliki youtube channel ini telah lama disuarakan oleh kami yang rapat dengan Shima. Beberapa perbincangan telah saya adakan bersama Shima tentang konsep youtube channel tersebut.

Petang ini saya akan menziarahi Shima di kediaman beliau untuk perbincangan terakhir sebelum video pertama dimuatnaik.

Namun begitu jangan terlalu teruja untuk melihat konten yang sama seperti youtube channel penyanyi lain. Sebagai permulaan kami akan memuatnaik lagu-lagu yang pernah Shima rakamkan dan dipasarkan secara komersil.

Terlalu banyak lagu-lagu lain yang bagus pernah dirakamkan oleh Shima, namun ianya tidak pernah berjaya secara komersil. Dalam kata lain terlalu banyak lagu-lagu bagus dalam senarai diskografi Shima yang tidak popular. Dengan itu kami team Shima akan memuatnaik kesemua senarai diskografi lengkap Shima ke dalam youtube channel tersebut terlebih dahulu.

Setakat hari ini saya telah menyiapkan video bagi lagu-lagu yang terkandung dalam album Kelkatu Gugur Sayapnya (1989) dan Shima (1990).

Sebelum youtube channel tersebut dinyatakan secara rasmi, saya menjemput pengunjung-pengunjung laman blog ini untuk menyarankan nama youtube channel yang sesuai. Shima mahukan sesuatu yang catchy, simple dan mudah diingati. Setakat ini beberapa cadangan telah diutarakan adalah seperti: -
1.   Shima
2.   Shima's Music
3.   Shima Rocker
4.   Shima Teringin
5.   Shima 69

Secara peribadi Shima tidak bersetuju untuk menggunakan nama Shima Teringin kerana ianya tidak adil kepada lagu-lagu lain dalam himpunan diskografi beliau.

Sekiranya anda mempunyai cadangan lain sila kemukakan di ruangan komen atau hubungi saya melalui emel.

Terima kasih.

Monday, June 1, 2020

Selamat Ulang Tahun Ke-36 TV3



Sempena Ulang Tahun Ke-36 TV3 hari ini, mari kita imbas kembali lagu "TV3 Rangkaian Anda". 

Lagu ini dicipta pada tahun 1994 sempena TV3 berusia 10 tahun ketika itu. 

Nama-nama besar yang terlibat dalam projek khas ini adalah Jamal Abdillah, Shima, Ogy, Nash, Awie, Amy dan Ramlah Ram.

Sunday, April 26, 2020

Terima Kasih




Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada pengunjung laman blog ini. Setakat hari ini laman blog yang saya dedikasikan kepada lagenda muzik Malaysia, Ku Nazhatul Shima binti Ku Kamarazzaman ini telah mencatat jumlah kunjungan sebanyak 111,111 kali.

Jumlah kunjungan ke laman blog ini mendadak naik semenjak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dikuatkuasa oleh kerajaan Malaysia. Syabas kepada anda semua, kenaikkan jumlah pengunjung ini menandakan anda semua rakyat Malaysia akur pada PKP dengan duduk di rumah.

Sokongan anda semua amatlah dihargai. Terima kasih sekali lagi.

Wednesday, March 4, 2020

Rare MV: Setelah Aku Kau Miliki



Belek-belek youtube terjumpa video yang sangat rare ini.

Tidak keterlaluan jika saya katakan video ini jauh lebih bagus dari Official MV terbitan Sony Music.



Klarifikasi:

Menurut Shima, video di atas juga merupakan Official MV terbitan Sony Music. Kekuatan lagu berhantu Setelah Aku Kau Miliki membuatkan Sony Music mengeluarkan dua MV. Namun secara peribadi saya lebih menyukai MV di atas berbanding MV yang dirakam di tepi pantai.


Update:
Menurut youtube rasmi Sony Music dalam saluran youtube rasmi ShimaVevo dalam hantaran September 2024, video muzik di atas merupakan video muzik rasmi Setelah Aku kau Miliki versi pertama.

Monday, January 13, 2020

Istimewa Lejen @ TV1



Istimewa Lejen
Saluran: TV1
Tarikh Tayangan: 12 Januari 2020
Waktu Tayangan: 9:00 malam
Tarikh Rakaman: 9 Oktober 2019