Tuesday, February 3, 2009
Lirik: Rasa (1997)
APA KU RASA
Telah Aku Merasa
Bagai Ribut Melanda
Menghempas Jiwa
Mungkin Tidak Kau Tahu
Perasaan Murniku
Pada Dirimu
Kini Aku Merindu
Aku Benar Bersungguh
Menyintaimu
Bukan Lagi Berpura
Tapi Itu Hakikatnya
Itulah Yang Benar Ku Rasa
Percaya Kepada Kata
Bukan Lagi Berahsia
Percaya Kepada Janji
Bukar Sekadar Di Bibir
Usahlah Kau Menduga
Menjadikan Hidupku Gerhana
Usahlah Kau Hindari
Menjauhkan Diri Dari Sisi
Lagu : Fauzi Marzuki
Lirik : Darwish
SERPIHAN BERKACA
Tersilapkah Aku Mengaturi Langkah
Ataupun Terlalu Gentar Memulakan
Hingga Kesempatan Yang Hampir Digenggam
Kini Jatuh Berserakan
Terlewatkan Aku Melafazkan Kata
Sehingga Pergimu Meninggalkan Makna
Di Dalam Termanggu Mencari Jawapan
Masih Belum Ketentuan
Mengapakah Hatiku Sering Keliru
Membezakan Kaca Dan Permata
Terlalu Lamakah Mengambil Masa
Hingga Waktu Berlalu Terpisahlah Aku
Dalam Kebuntuan Resah Rindu
Mimpi-mimpi Semalam Masih Tersimpan
Jadi Serpihan Yang Berkaca
Amat Tajam Dan Menyiksa
Seribu Sesalan Mengisi Ruang
Sepanjang Jalan
Di Mana Silap Perhitungan
Hingga Ku Jadi Kempunan
Pada Sebuah Pertemuan
Tak Kesampaian
Terlewatkan Aku Melafazkan Kata
Sehingga Pergimu Meninggalkan Makna
Higga Kesempatan
Tidak Lagi Di Genggaman
Lagu : Asheq
Lirik : Amran Omar
TANPAMU
Gerhana Yang Tak Pernah Ku Undang
Dalam Sejernihnya Sinar Mentari
Merubah Segalanya
Kasihku Yang Tak Pasti Lagi
Harapan Entah Ke Mana
Tidak Bererti
Untuk Apa Lagi Kau Hampiri
Ketika Rindu Pedih Terluka
Tak Mungkin Hatiku Ini
Untuk Menerima Kembali
Sewenang-wenang Cinta
Rupanya Palsu Semata
Biarkan Diriku Sendiri
Bersama Hari Yang Mendatang
Bertemankan Air Mata Kesyukuran
Ku Rasakan Hidupku Ini
Lebih Bermakna Diiringi
Ketengangan Di Hamparan
Jiwaku Ini
Tanpamu Di Sisi
Di Sini
Lagu : Fauzi Marzuki
Lirik : Arab
USAH MERAJUK
Tidak Semestinya Engkau Di Puncak
Mungkin Esok Engkau Di Lurah
TUHAN Memerhati Tingkahmu
Hanya Menanti Saat Pembalasan
Ramai Yang Berpesan Jangan Hampiri
Kelak Nanti Ku Disakiti
Apalah Salahnya Ku Beri Peluang
Mungkin Niat Jujur Akan Berkesan
Sebulan Ku Rasa Bagai Setahun
Dicengkam Oleh Cengkaman Egomu
Lembutnya Lidahmu Racun Yang Berbisa
Janjimu Pula Kosong Hampa Belaka
Daripada Hidup Menderita
Biar Berpisah Saja
Itulah Suatu Penyudah
Daripada Hidup Tak Menentu
Biar Aku Berlalu
Jauhi Kedegilanmu
Pulanglah Andai Kau Sedar
Usah Disalahkan Ku Tak Berdosa
Dan Usahlah Aku Dihina
Sebelum Kau Menilai Hatiku Ini
Cerminlah Wajah Dan Hatimu
Usah Kau Memujuk Mengambil Hati
Bimbang Rahsiamu Terbongkar
Akan Ku Kenang Kisah Pahit Denganmu
Biarlah Menjadi Rahsia Hati
Lagu : Fauzi Marzuki
Lirik : Lukhman S.
JERIJI HAKIKAT
Bukanku Mencari Salah Siapa
Atau Mengungkit Cerita Cinta Lama
Dan Tidak Pula Niatku Membongkar Segala
Hingga Terjadi Tragedi Cinta Luka
Maafkan Aku Teman Andai Kau Terluka
Dengan Lagu Yang Ku Dendangkan Ini
Tapi Ku Tak Berdaya Menanggungnya
Jeriji Hakikat Terus Membelenggu Diri
Segalanya
Terpenjara Ku Di Dalam Hakikat
Rasa Cinta Lama Kembali
Jeriji Hakikat Membisikkan Realiti
Tragedi Cinta Kita
Membongkar Segala Lara
Lagu : Arab
Lirik : Zaki
DIBAYANGI KENANGAN
Apakah Mungkin Sejarah Yang Hitam
Dapat Menjanjikan Esok Yang Gemilang
Siang Malamku Dibayangi Kenangan
Diri Terbelenggu Sepanjang Kehidupan
Ku Harap Masa Akan Dapat Membantu
Merawati Luka Kepedihan Lalu
Tak Ingin Aku Mengingatinya Lagi
Kesilapan Itu Amat Mahal Sekali
Dapatkah Kau Bersabar
Sanggupkah Menanti
Sehingga Ku Pulih Kembali
Dapatkah Kau Terima Kenyataan Ini
Bukan Kerana Terpaksa
Bukan Kerana Balas Simpati
Apa Pun Kemungkinan Yang Bakal Terjadi
Telah Ku Bina Kekuatan Di Hati
Andainya Diri Hanya Bebanan
Kau Carilah Pengganti Ku Relakan
Apakah Mungkin Sejarah Yang Hitam
Dapat Menjanjikan Esok Yang Gemilang
Siang Malamku Dibayangi Kenangan
Diri Terbelenggu Sepanjang Kehidupan
Dibayangi Kenangan Diri
Lagu : Saari Amri
Lirik : Habsah Hassan
ZAMAN KRITIKAL
Satu Lukisan Di Dinding
Kaku Seakan Bernyawa
Bercampur Aduk Sumbang Warna
Itu Artistik Warnanya
Tak Mudah Berhenti Bertanya
Dari Bahu Jalan Ke Menara
Tak Bertemu Jalan Keluar
Berlegar
Oh Benarkah Zaman Ini
Kritikal Dan Penuh Seni
Hayati Dalam Hati
Tapi Sukar Mentaksirnya
Satu Lukisan Di Dinding
Tajam Seakan Bertanya
Ke Manakah Akan Sembunyi
Dari Risiko Berbeza
Pengemis Malam Pun Berlari
Mengadap Bintang Di Bawah Bulan
Berhenti Dan Beradu Sambil
Berdoa
Kan Berubah Perjalanan Masa
Tak Menghirau Siapa Kita
Seorang Wira Yang Hebat Perkasa
Yang Pernah Berjuang
Di Dalam Perang Jadi Juara
Yang Rapuh Bukannya Kaca
Tapi Akal Dalam Minda
Tak Berfungsi Seperti Biasa
Dalam Menentukan Kata
Hey! Bukan Zaman Koloni
Di Mana Jiwa Di Gari
Dari Terus Berlari
Tanpa Menghirau Siapa Kita
Kritikal
Lagu : Bong
Lirik : Tapai
DATANG DAN PERGI
Datang Dan Pergi Sesukanya Hati
Tak Mengerti Apa Yang Engkau Hajati
Berulang Kali Ku Cuba Hampiri
Ku Temui Kata Yang Menghiris Hati
Bagaikan Belati Yang Terbenam Di Hati
Dan Seperti Tali Yang Melilit Diri
Kau Lenyap Lagi Perasaan Ku Ini
Dan Kau Bawa Pergi Mimpi-mimpi Sepi
Digantung Tak Bertali
Dilepas Pergi
Tiada Pula Bersaksi
Tanpa Kau Peduli
Akibatnya Nanti
Aku Ingin Sekali
Kau Datang Lagi
Bukanlah Untuk sekali
Tetapi Mengisi
Kekosongan Hati
Lagu : Awang BPR
Lirik : Lukhman S.
GANGGUAN INTERAKSI
Di Lorong Mana Suara Bernyanyi
Gagal Menghindari Kebuntuan Ini
Kembali Aku Mencari Informasi Yang Lalu
Di Dunia Beku Sejak Aku Tiba
Masih Mencuba
Dihitung-hitung Dengan Jari Waktu
Tembusi Ruang Angkasa
Dibilang-bilang Dengan Akal Kosong
Tak Bertemu Titik Penyudah
Di Dada Kota Api Menyala
Laksana Suria Yang Asyik Membakar
Kepanasan Ini
Dikejar-kejar Keinginan Lama
Sering Melonjak Rangsangan
Ditolak-tolak Kerasukkan Rasa
Tidakkan Berhenti Pemusnah Impian
Masih Lagi Mencuba Diiringi Lagu Yang Sama
Mencelah Senantiasa
Antara Masa Putaran Roda
Sering Ia Bersama
Di Lorong Mana
Di Dada Kota
Api Menyala
Menyala-nyala
Lagu : Bong
Lirik : Tapai
AKHIRNYA NANTI SENDIRI
Seluruh Hidup Ini Perjalanan Yang Menguji
Kekuatan Di Hati
Harapanku Menjulang Pada Insan Tersayang
Tiba Arus Gelombang Tercabar Kesetiaan
Yang Bernama Impian Tetap Bernama Impian
Indah Hanya Khayalan
Cabaran Dan Ujian Bila Bersilih Datang
Engkau Kegelabahan Tak Tertangkis Cubaan
Ku Sangkakan Insan Tersayang
Tegap Berpendirian
Silapnya Diriku Tak Mengkaji Dulu
Bagai Dedaun Lalang Hidupmu Tak Terancang
Sedangkan Aku Tahu Haluanku
Sekadar Persinggahan Sahaja
Kita Jumpa Dan Berpisah
Aku Insafi Akhirnya Nanti
Kita Pasti Tersendiri
Lagu : Asheq
Lirik : Habsah Hassan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment