Sunday, December 10, 2017

Shima: Reissued Album


Esok (11hb. Disember 2017) album studio solo pertama Shima akan dikeluarkan semula. Pengeluaran semula album yang memuatkan lagu-lagu popular Di Sebalik Sejuta Wajah, Aku Wanita, Menjejak Matahari dan Kenangan Di La Famosa ini sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat setia Shima dan juga pengumpul album muzik tempatan.

Secara peribadi, bagi saya pengeluaran semula album ini dalam format CD sangat istimewa dan sememangnya saya nanti-nantikan. Ini kerana selama ini saya hanya memiliki album ini dalam format kaset sahaja. 

Hakikatnya kebanyakkan penggemar-penggemar muzik di tahun 80-an dan 90-an membeli album dalam format kaset berbanding CD. Perbezaan harga yang ketara merupakan faktor penyumbang kepada perkara ini. Ketika itu teknologi pengeluaran album dalam format CD masih baru dan kebanyakkan syarikat rakaman mengeluarkan album dalam format CD dalam kuantiti yang sangat terhad.

Lataran permintaan yang tinggi terhadap album-album retro ketika ini, beberapa syarikat rakaman mengeluarkan semula album-album terbitan mereka. 

Saya berharap pengeluaran semula album yang menggunakan judul Shima ini bukanlah setakat melepaskan betuk di tangga. Besar harapan saya agar Sony Music memberikan perhatian serius terhadap kualiti mastering album ini. Ini kerana saya amat kecewa dengan pengeluaran semula album Kelkatu Gugur Sayapnya pada tahun lepas, di mana kualiti mastering album berkenaan amat mendukacitakan. Tidak keterlaluan jika saya katakan ianya hancur sama sekali.

Kepada semua peminat Shima dan juga pengumpul khazanah seni tanah air, sila dapatkan album keluaran semula ini bagi melengkapkan koleksi anda.

Tuesday, September 12, 2017

Happy Birthday Gorgeous


HAPPY BIRTHDAY GORGEOUS..

Because you have always been a source of happiness to all your fans, may your happiness be multiplied and may all troubles be eliminated from your life...

Thursday, September 7, 2017

Throwback: Poskad Percuma Dengan Pembelian Album Shima Vol. 2



Ini merupakan poskad yang diberikan secara percuma kepada pembeli album Shima Vol. 2. 

Sememangnya di era 90an syarikat-syarikat rakaman bermurah hati memberikan pelbagai barangan percuma dengan setiap pembelian album original keluaran mereka. Antara barangan yang selalu diberikan secara percuma ialah poskad, poster, t-shirt, topi, buku gambar, buku nota lagu, badge dan macam-macam lagi. Hal ini bagi menarik minat pembeli untuk membeli album keluaran mereka. Tetapi pemberian barangan percuma ini adalah tertakluk kepada stok kerana ianya dikeluarkan secara terhad.

Secara peribadi saya tidak pernah mendapat poskad ini sewaktu membeli album Shima Vol. 2. Ini kerana saya hanya membeli album tersebut pada tahun 1992 (ia merupakan album pertama yang saya beli sepanjang hidup saya). Saya percaya poskad ini telahpun habis stoknya sewaktu saya membeli album tersebut memandangkan album ini dikeluarkan pada tahun 1991.

Namun begitu saya amat bertuah kerana seorang kolektor dan juga peminat fanatik Shima, Saudara Zali sudi menjual koleksi beliau ini kepada saya baru-baru ini.

Friday, August 25, 2017

Wednesday, August 23, 2017

Throwback: Trophies

 






Berikut adalah antara trofi yang diperolehi oleh Shima sepanjang perjalanan seni beliau. Trofi-trofi ini kini disimpan dengan baik di rumah bondanya di Banting, Selangor. Saya telah mendapatkan kebenaran dari Shima untuk berkongsi dengan semua peminat beliau di blog ini.

Sunday, August 6, 2017

Temubual Radio Bersama Kool FM




Temuramah ini dirakam pada 1hb. Ogos 2017. Rakaman berdurasi 2 jam ini ke udara pada 5hb. Ogos 2017 jam 9:00 pagi hingga 11:00 pagi. Ulangan pada 6hb. Ogos 2017 jam 5:00 petang hingga 7:00 malam.

Dalam temuramah ini, Shima berkongsi kisah sepanjang perjalanan karier seni beliau. Sejarah perjalanan seni bermula dari zaman beliau menganggotai kugiran Shima & The Boys, zaman kemuncak kegemilangan beliau, zaman menghibur di lounge hotel, penderitaan sakit slipped disc dan seterusnya projek yang sedang dalam perancangan.

Untuk manfaat semua peminat Shima, saya kongsikan temuramah ini agar semua dapat mengikuti perkembangan Shima dari mulut beliau sendiri.

Monday, May 8, 2017

Throwback: Japanese Newspaper Circa 1994


Ini adalah artikel promosi tentang album solo studio kelima Shima, Luka Dilukai yang diterbitkan pada tahun 1994. Artikel ini terkandung dalam akhbar Jepun yang diedarkan untuk komuniti Jepun di Malaysia.

Di penghujung tahun 1994 saya berkerja sebagai pembantu kepada seorang pelajar PhD dari negara matahari terbit di FRIM sementara menunggu keputusan SPM. 

Di bawah adalah terjemahan yang dibuat oleh Cik Yuka Okauchi (bekas majikan saya). Namun begitu muka surat pertama terjemahan tersebut telah hilang. :'(


Monday, May 1, 2017

Pengumuman


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini.

Saya masih dalam usaha merealisasikan impian untuk mengumpul diskografi lengkap Shima.

Sehingga kini saya masih memburu dua (2) album (dibaca CD) yang mengandungi lagu-lagu nyanyian Shima. CD-CD tersebut ialah: -

1. Runut bunyi filem Putih (2001); dan

2. Runut bunyi filem Kami Histeria - Mati Mati Mesti Letop (2013).

Kedua-dua CD ini tidak pernah dijual secara komersial. Namun ianya hanya dikeluarkan dalam bilangan terhad dan diedarkan kepada juruhebah radio bagi tujuan promosi filem-filem berkenaan.

Sekiranya anda memiliki kedua-dua CD tersebut, saya lebih dari berbesar hati untuk membelinya.

Terima kasih.

Monday, March 13, 2017

Shima Kembali Charity Gig: Ain't Nobody



Lagu ke-9 dendangan Shima semasa showcase Shima Kembali Charity Gig bertempat di Camelot, Hotel Royale Chulan Damansara pada 5 Mac 2017.

Sunday, March 12, 2017

Shima Kembali Charity Gig: Sepanjang Malam Keresahan



Lagu ke-8 dendangan Shima semasa showcase Shima Kembali Charity Gig bertempat di Camelot, Hotel Royale Chulan Damansara pada 5 Mac 2017.

Saturday, March 11, 2017

Shima Kembali Charity Gig: Setelah Aku Kau Miliki



Lagu ke-7 dendangan Shima semasa showcase Shima Kembali Charity Gig bertempat di Camelot, Hotel Royale Chulan Damansara pada 5 Mac 2017.

Friday, March 10, 2017

Shima Kembali Charity Gig: Through The Fire



Lagu ke-6 dendangan Shima semasa showcase Shima Kembali Charity Gig bertempat di Camelot, Hotel Royale Chulan Damansara pada 5 Mac 2017.

Thursday, March 9, 2017

Shima Kembali Charity Gig: Angin Malam



Lagu ke-5 dendangan Shima semasa showcase Shima Kembali Charity Gig bertempat di Camelot, Hotel Royale Chulan Damansara pada 5 Mac 2017.

Wednesday, March 8, 2017

Shima Kembali Charity Gig: Luka Dilukai



Lagu ke-4 dendangan Shima semasa showcase Shima Kembali Charity Gig bertempat di Camelot, Hotel Royale Chulan Damansara pada 5 Mac 2017.

Tuesday, March 7, 2017

Shima Kembali Charity Gig: Stand by Me



Lagu ke-3 dendangan Shima semasa showcase Shima Kembali Charity Gig bertempat di Camelot, Hotel Royale Chulan Damansara pada 5 Mac 2017.

Monday, March 6, 2017

Shima Kembali Charity Gig: Teringin



Lagu ke-2 dendangan Shima semasa showcase Shima Kembali Charity Gig bertempat di Camelot, Hotel Royale Chulan Damansara pada 5 Mac 2017.

Sunday, March 5, 2017

Shima Kembali Charity Gig


Bertempat di Camelot, Hotel Royale Chulan Damansara pada 5hb. Mac 2017 satu showcase berjaya dianjurkan. Showcase Shima Kembali Charity Gig yang bermula jam 9:00 malam hingga 11:00 malam dianjurkan oleh rakan baik Shima, Sherry Nordin dengan kerjasama Hotel Royale Chulan Damansara yang menaja tempat.

Dalam tempoh 1 bulan sahaja pihak penganjur berjaya menjual kesemua 100 keping tiket.

Thursday, February 16, 2017

Liputan Media: Berikan Saya Kerja



BERIKAN SAYA KERJA
Oleh: MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

SATU ketika dulu, lagu bernada tinggi menjadi kekuatan penyanyi ini, sekali gus memikat peminat muzik rock tanah air.

Lagu Setelah Aku Kau Miliki dan Teringin antara yang menjadi minat khalayak, sekali gus menempatkan dirinya dalam penyanyi popular era 90-an.

Kini, Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Kamarazzaman, 48, tidak seperti dahulu. Zaman gemilangnya sudah pudar.malah ketika menyertai program realiti Gegar Vaganza pada 2014, persembahannya yang terlalu pasif sering dikritik.

Perkara itu nampaknya memberi kesan kepada kerjaya Shima secara tidak langsung. Masakan tidak, selepas program itu berakhir , dia langsung tidak menerima sebarang tawaran menyanyi.

Secara umunya, bukan mudah untuk hidup di ibu kota tanpa sebarang pendapatan tetap. Itupun Shima masih mampu bersyukur kerana dia masih mempunyai simpanan.

Sudah pasti perbelanjaan juga harus disekat. Yang penting sahaja didahulukan untuk meneruskan kehidupan.

Tambahan pula dengan keadaan kesihatan yang tidak begitu baik, Shima sedar dia perlu kuat untuk meneruskan kehidupan dan bekerja, bukan meraih simpati.

“Saya tahu kehidupan saya bukan seperti dahulu.kesihatan juga tidak menentu tetapi itu bukan alasan untuk saya tidak berusaha mencari pendapatan sendiri.

“Luahan saya bukan untuk meraih simpati. Tetapi saya mencari peluang pekerjaan sebab saya masih boleh bekerja,” jelasnya.

Walaupun pergerakkannya terbatas dek kesakitan yang dihadapi. Shima tidak mahu orang luar menilai itu sebagai kekurangan kekurangan dirinya.

Bercerita mengenai kehidupannya kini, jelas Shima, dia menderita penyakit slip disc di bahagian tengkuk dan pinggul. Dia pertama kali mengalami slip disc sewaktu di bangku sekolah dan aktif dalam sukan tae kwan do.

“Tetapi masa itu masih remaja. Jadi kesakitan itu tidaklah terasa sangat. Ketika itu kena slip disc di bahagian pinggul,” jelasnya.

Kali kedua dia mengalami slip disc pada 2012 selepas terjatuh di bilik air. Ketika itu dia bekerja sebagai penyanyi di sebuah hotel di ibu kota.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan dia mengalami slip disc kedua di bahagian tengkuk pula.

Sejak itu, selain faktor usia yang meningkat, kesakitan kerana slip disc tersebut semakin hari semakin dirasai.

Hingga kini, dia terpaksa bergantung kepada ubat untuk saraf da sakit belakang.

Sebulan sekali dia perlu bertemu doktor untuk melakukan pemeriksaan.

“Ada juga saya bertanya mengenai pembedahan tetapi doktor kata, peluang untuk pulih sepenuhnya adalah 50 peratus sahaja.

“Jadi doktor nasihatkan agar pembedahan tidak dijalankan sebaliknya ikhtiar menggunakan kaedah lain terutama dari segi perubatan,” katanya.

Kos perubatan Shima tidaklah memakan ribuan ringgit tetapi perlukan pendapata yang konsisten untuk menampung perbelanjaan ubat-ubatan bulanannya.

Dengan ketiadaan kerja dan kehidupan yang hanya menggunakan duit simpanan akan menyukarkan kehidupannya pada jangka panjang.

Dia sendiri sedar, kehidupannya tidak seperti zaman mewahnya dahulu. Segala-galanya perlu disekat dan kerja perlu dilakukan untuk mendapat wang. Selagi kudratnya masih mampudikerah. Dia tetap mahu bekerja.


KONSERT BUAT SHIMA

5 Mac ini Shima bakal mengadakan sebuah persembahan istimewa di Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Idea mengadakan konsert itu datang daripada penganjur, Sherry Nordin yang merupakan kenalan lama Shima.

“Selepas dapat tahu Shima tidak sihat, timbul idea untuk mengadakan persembahan Shima Kembali.

“Alhamduluillah, proses untuk melaksanakan prijek ini sangat mudah dengan bantuan pinhak hotel juga,” kata Sherry.

Sebanyak 100 tiket keping tiket disediakan untuk persembahan itu dan setakat ini, sudah 30 keping terjual.

Tambah Sherry, tiket dijual dengan harga RM80 dan jumlah jualan tiket itu akan dibahagi dua kepada pihak hotel dan Shima.

“Dengan penjualan tiket itu, kita berharap sedikit sebanyak dapat membantu Shima terutama untuk menampung kos perubatannya,” jelas Sherry.

Shima sendiri berasa teruja untuk menjayakan persembahan itu yang disifatkan sebagai jalan untuk dia kembali mendapatkan pekerjaan.

“Ini adalah showcase pertama yang saya lakukan secara dekat dengan peminat. Malam itu, mereka bebas untuk bertanya apa sahaja kepada saya.

“Lima lagu popular akan saya nyanyikan pada malam itu. Empat lagi lagu adalah lagu Inggeris yang lebih rancak,” katanya yang dijangka turut menyanyikan lagu Sepanjang Malam Keresahan yang jarang dinyanyikan secara langsung kerana bagi Shima, lagu itu agak sukar untuk dibawakan.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tiket boleh berhubung terus degan Sherry melalui talian 013-7230317.

Sumber:
Mega Hits, Utusan Malaysia
Khamis, 16 Februari 2017