Esok (11hb. Disember 2017) album studio solo pertama Shima akan dikeluarkan semula. Pengeluaran semula album yang memuatkan lagu-lagu popular Di Sebalik Sejuta Wajah, Aku Wanita, Menjejak Matahari dan Kenangan Di La Famosa ini sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat setia Shima dan juga pengumpul album muzik tempatan.
Secara peribadi, bagi saya pengeluaran semula album ini dalam format CD sangat istimewa dan sememangnya saya nanti-nantikan. Ini kerana selama ini saya hanya memiliki album ini dalam format kaset sahaja.
Hakikatnya kebanyakkan penggemar-penggemar muzik di tahun 80-an dan 90-an membeli album dalam format kaset berbanding CD. Perbezaan harga yang ketara merupakan faktor penyumbang kepada perkara ini. Ketika itu teknologi pengeluaran album dalam format CD masih baru dan kebanyakkan syarikat rakaman mengeluarkan album dalam format CD dalam kuantiti yang sangat terhad.
Lataran permintaan yang tinggi terhadap album-album retro ketika ini, beberapa syarikat rakaman mengeluarkan semula album-album terbitan mereka.
Saya berharap pengeluaran semula album yang menggunakan judul Shima ini bukanlah setakat melepaskan betuk di tangga. Besar harapan saya agar Sony Music memberikan perhatian serius terhadap kualiti mastering album ini. Ini kerana saya amat kecewa dengan pengeluaran semula album Kelkatu Gugur Sayapnya pada tahun lepas, di mana kualiti mastering album berkenaan amat mendukacitakan. Tidak keterlaluan jika saya katakan ianya hancur sama sekali.
Kepada semua peminat Shima dan juga pengumpul khazanah seni tanah air, sila dapatkan album keluaran semula ini bagi melengkapkan koleksi anda.
Im full of satisfy.with this reissue album..highly recommended.especially to those all the album collectors outhere
ReplyDeleteIndeed bro. It's must have album. You cannot call yourself music collectors unless and until you get your own copy of this masterpiece.
Delete