Sunday, January 1, 2023

It's Time for Throwback!!!

  


Selamat Tahun Baru 2023. 

Pengumuman kepada semua pelawat laman blog ini. 

Bersempena tahun baru ini saya akan memaparkan semula keratan-keratan majalah / akhbar / artikel yang berkaitan dengan penyanyi hebat Shima pada setiap selang sehari. Ini bertujuan agar semua peminat Shima berpeluang untuk mengimbau kembali perjalanan seni penyanyi terbaik ini.

Untuk memberi manfaat kepada generasi baru yang tidak sempat mengikuti perkembangan Shima di zaman kegemilangan beliau, saya akan memaparkan artikel berkenaan mengikut kronologi masa. Ini bagi memberi kesan jelas sedikit tentang perjalanan seni Shima.

Dengan itu saya telah membuang kesemua hantaran 'throwback' yang pernah dipaparkan di dalam blog ini sebelum ini semenjak tahun 2017.

Saya juga memohon jasa baik sekiranya ada di kalangan sahabat-sahabat semua yang memiliki artikel berkaitan Shima untuk berkongsi dengan saya atau menjual kepada saya untuk seterusnya dikongsikan di blog ini. Ini kerana mungkin banyak lagi artikel berkaitan Shima yang tiada dalam simpanan saya. Kesudian anda untuk berkongsi atau menjual amatlah dihargai.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment