Thursday, July 29, 2021

Throwback: Pencarian - Album Studio Wizards


Mungkin ramai di luar sana berfikir bahawa kerjaya seni Shima bermula dengan kugiran The Boys. Rasanya tidak ramai yang tahu bahawa sebelum dilamar menganggotai kumpulan The Boys bagi mengisi kekosongan tempat vokalis utama, Shima terlebih dahulu menjadi anggota kugiran Wizards.

Saya pernah terbaca satu artikel dalam majalah Variapop, dalam satu sesi penggambaran bersama Ajin (bekas vokalis kumpulan Blackrose), Shima dan Ajin mengimbas kembali kenangan mereka bersama ketika menganggotai kumpulan Wizards. 

Namun sebelum tempat Shima sebagai vokalis diganti oleh Awie, kumpulan ini dinamakan Black Wizards. Setelah Shima mengundur diri, kumpulan ini diganti nama Wizards sahaja. Dalam kumpulan ini Ajin bukanlah vokalis utamanya. Posisi Ajin dalam kumpulan ini adalah sebagai pemain drum.

Saya berkongsi gambar ini dengan Shima, menurut beliau anggota kumpulan yang paling kanan telah meninggal dunia. Kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

No comments:

Post a Comment