Sunday, January 7, 2018

Greatest News of All




Alhamdulillah. Satu berita yang amat mengembirakan... Penyanyi pujaan ramai Shima bakal menjadi tetamu Allah... Nama beliau telah tersenarai untuk mengerjakan umrah pada 26hb. Januari ini. Really good thing to start the new year.

Kita doakan yang terbaik buat Shima. Semoga semua urusan beliau dipermudahkan. Dan semoga semua amal ibadah beliau diterima Yang Maha Esa. Amin.

Sunday, December 10, 2017

Shima: Reissued Album


Esok (11hb. Disember 2017) album studio solo pertama Shima akan dikeluarkan semula. Pengeluaran semula album yang memuatkan lagu-lagu popular Di Sebalik Sejuta Wajah, Aku Wanita, Menjejak Matahari dan Kenangan Di La Famosa ini sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat setia Shima dan juga pengumpul album muzik tempatan.

Secara peribadi, bagi saya pengeluaran semula album ini dalam format CD sangat istimewa dan sememangnya saya nanti-nantikan. Ini kerana selama ini saya hanya memiliki album ini dalam format kaset sahaja. 

Hakikatnya kebanyakkan penggemar-penggemar muzik di tahun 80-an dan 90-an membeli album dalam format kaset berbanding CD. Perbezaan harga yang ketara merupakan faktor penyumbang kepada perkara ini. Ketika itu teknologi pengeluaran album dalam format CD masih baru dan kebanyakkan syarikat rakaman mengeluarkan album dalam format CD dalam kuantiti yang sangat terhad.

Lataran permintaan yang tinggi terhadap album-album retro ketika ini, beberapa syarikat rakaman mengeluarkan semula album-album terbitan mereka. 

Saya berharap pengeluaran semula album yang menggunakan judul Shima ini bukanlah setakat melepaskan betuk di tangga. Besar harapan saya agar Sony Music memberikan perhatian serius terhadap kualiti mastering album ini. Ini kerana saya amat kecewa dengan pengeluaran semula album Kelkatu Gugur Sayapnya pada tahun lepas, di mana kualiti mastering album berkenaan amat mendukacitakan. Tidak keterlaluan jika saya katakan ianya hancur sama sekali.

Kepada semua peminat Shima dan juga pengumpul khazanah seni tanah air, sila dapatkan album keluaran semula ini bagi melengkapkan koleksi anda.

Tuesday, September 12, 2017

Happy Birthday Gorgeous


HAPPY BIRTHDAY GORGEOUS..

Because you have always been a source of happiness to all your fans, may your happiness be multiplied and may all troubles be eliminated from your life...

Thursday, September 7, 2017

Throwback: Poskad Percuma Dengan Pembelian Album Shima Vol. 2



Ini merupakan poskad yang diberikan secara percuma kepada pembeli album Shima Vol. 2. 

Sememangnya di era 90an syarikat-syarikat rakaman bermurah hati memberikan pelbagai barangan percuma dengan setiap pembelian album original keluaran mereka. Antara barangan yang selalu diberikan secara percuma ialah poskad, poster, t-shirt, topi, buku gambar, buku nota lagu, badge dan macam-macam lagi. Hal ini bagi menarik minat pembeli untuk membeli album keluaran mereka. Tetapi pemberian barangan percuma ini adalah tertakluk kepada stok kerana ianya dikeluarkan secara terhad.

Secara peribadi saya tidak pernah mendapat poskad ini sewaktu membeli album Shima Vol. 2. Ini kerana saya hanya membeli album tersebut pada tahun 1992 (ia merupakan album pertama yang saya beli sepanjang hidup saya). Saya percaya poskad ini telahpun habis stoknya sewaktu saya membeli album tersebut memandangkan album ini dikeluarkan pada tahun 1991.

Namun begitu saya amat bertuah kerana seorang kolektor dan juga peminat fanatik Shima, Saudara Zali sudi menjual koleksi beliau ini kepada saya baru-baru ini.