Friday, January 26, 2018

Semoga Segalanya Dipermudahkan


Satu jam dari sekarang, di hari yang penuh barakah ini, Shima bakal berangkat ke tanah suci. Penerbangan yang dijadualkan pada jam 1:00 tengah hari ini akan terus ke Madinah.

Kita doakan semoga semua urusan Shima dan jemaah artis-artis lain yang berjumlah lebih kurang 20 orang (termasuk Zaiton Sameon dan Sahara Yaacob) dipermudahkan. Semoga mereka semua diberi kesihatan untuk menjalankan ibadah umrah dengan sempurna. Semoga Allah swt menerima ibadat mereka.

Amin


Sunday, January 7, 2018

Greatest News of All




Alhamdulillah. Satu berita yang amat mengembirakan... Penyanyi pujaan ramai Shima bakal menjadi tetamu Allah... Nama beliau telah tersenarai untuk mengerjakan umrah pada 26hb. Januari ini. Really good thing to start the new year.

Kita doakan yang terbaik buat Shima. Semoga semua urusan beliau dipermudahkan. Dan semoga semua amal ibadah beliau diterima Yang Maha Esa. Amin.

Sunday, December 10, 2017

Shima: Reissued Album


Esok (11hb. Disember 2017) album studio solo pertama Shima akan dikeluarkan semula. Pengeluaran semula album yang memuatkan lagu-lagu popular Di Sebalik Sejuta Wajah, Aku Wanita, Menjejak Matahari dan Kenangan Di La Famosa ini sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat setia Shima dan juga pengumpul album muzik tempatan.

Secara peribadi, bagi saya pengeluaran semula album ini dalam format CD sangat istimewa dan sememangnya saya nanti-nantikan. Ini kerana selama ini saya hanya memiliki album ini dalam format kaset sahaja. 

Hakikatnya kebanyakkan penggemar-penggemar muzik di tahun 80-an dan 90-an membeli album dalam format kaset berbanding CD. Perbezaan harga yang ketara merupakan faktor penyumbang kepada perkara ini. Ketika itu teknologi pengeluaran album dalam format CD masih baru dan kebanyakkan syarikat rakaman mengeluarkan album dalam format CD dalam kuantiti yang sangat terhad.

Lataran permintaan yang tinggi terhadap album-album retro ketika ini, beberapa syarikat rakaman mengeluarkan semula album-album terbitan mereka. 

Saya berharap pengeluaran semula album yang menggunakan judul Shima ini bukanlah setakat melepaskan betuk di tangga. Besar harapan saya agar Sony Music memberikan perhatian serius terhadap kualiti mastering album ini. Ini kerana saya amat kecewa dengan pengeluaran semula album Kelkatu Gugur Sayapnya pada tahun lepas, di mana kualiti mastering album berkenaan amat mendukacitakan. Tidak keterlaluan jika saya katakan ianya hancur sama sekali.

Kepada semua peminat Shima dan juga pengumpul khazanah seni tanah air, sila dapatkan album keluaran semula ini bagi melengkapkan koleksi anda.

Tuesday, September 12, 2017

Happy Birthday Gorgeous


HAPPY BIRTHDAY GORGEOUS..

Because you have always been a source of happiness to all your fans, may your happiness be multiplied and may all troubles be eliminated from your life...