Friday, August 6, 2021

Petite Kitchen by Shima: Updated Menu










Finalised!!! Petite Kitchen by SHIMA's menu so far... many more to come...

Hurry up!!! Get this piece of heaven by whatsapp +6017-807 1531 to place your order now. Order to be made in advance.

Kindly visit Petite Kitchen by Shima's FB and IG to read and watch the satisfied customers' review.

Thank you.

Monday, August 2, 2021

Petite Kitchen by Shima: Food Review







Alhamdulillah, tanggal 25.07.2021 saya berpeluang merasa signature dish Meatloaf set dari Petite Kitchen by SHIMA.

Set ini mengandungi: -
1. Sebuku meatloaf (dipotong besar kepada 10 keping);
2. Mushroom gravy; dan
3. 2 tub kentang putar.

Sebelum ini saya tidak pernah makan meatloaf, pertama kali merasanya hasil air tangan megastar Shima, saya terkedu dan terkelu kerana ianya amat lazat. Shima terlalu bijak dalam kombinasi ini, ketiga-tiga hidangan ini mesra bila dimakan bersama. 

Dek kerana bahan-bahan yang berkualiti tinggi yang digunakan, tekstur hidangan ini sangat lembut dan juicy. Antara bahan yang Shima gunakan adalah Australian minched beef, minyak zaitun dan premium shiikate mushroom dalam menyajikan set ini.

Saya menyeru anda di luar sana untuk segera hubungi Petite Kitchen by SHIMA di nombor +6017-807 1531 melalui whatsapp segera untuk membuat tempahan. Saya jamin anda pasti tidak akan kecewa.

Saturday, July 31, 2021

Petite Kitchen by Shima: Food Review











Pada 24 Julai 2021, saya telah menempah set Roasted Chicken dari Petite Kitchen by Shima. Set ini mengandungi: -
1. 1 whole roasted chicken;
2. 2 tubs of creamy mashed potatoes; dan
3. Pan gravy

Selain itu saya juga menempah 1 set scones. Dalam hantaran ini saya hanya memuatnaik video ulasan sahaja. In shaa Allah, jika tiada aral, ulasan bertulis secara terperinci akan saya paparkan pada 2hb. Ogos 2021.

Nantikan juga hantaran ulasan tentang set mealloaf with creamy mushroom gravy.

Thursday, July 29, 2021

Throwback: Pencarian - Album Studio Wizards


Mungkin ramai di luar sana berfikir bahawa kerjaya seni Shima bermula dengan kugiran The Boys. Rasanya tidak ramai yang tahu bahawa sebelum dilamar menganggotai kumpulan The Boys bagi mengisi kekosongan tempat vokalis utama, Shima terlebih dahulu menjadi anggota kugiran Wizards.

Saya pernah terbaca satu artikel dalam majalah Variapop, dalam satu sesi penggambaran bersama Ajin (bekas vokalis kumpulan Blackrose), Shima dan Ajin mengimbas kembali kenangan mereka bersama ketika menganggotai kumpulan Wizards. 

Namun sebelum tempat Shima sebagai vokalis diganti oleh Awie, kumpulan ini dinamakan Black Wizards. Setelah Shima mengundur diri, kumpulan ini diganti nama Wizards sahaja. Dalam kumpulan ini Ajin bukanlah vokalis utamanya. Posisi Ajin dalam kumpulan ini adalah sebagai pemain drum.

Saya berkongsi gambar ini dengan Shima, menurut beliau anggota kumpulan yang paling kanan telah meninggal dunia. Kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Tuesday, July 20, 2021

Selamat Hari Raya Aidiladha




Buat semua pengunjung laman blog ini dan peminat setia KU NAZATUL SHIMA BINTI KU KAMARAZZAMAN, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada yang merayakannya.

Seperti nasihat kesayangan kita SHIMA di atas, jangan sesekali pergi mengunjung dan jangan terima apa-apa kunjungan, kita masih berperang. Jaga diri dan kekal selamat.

Jangan lupa untuk terus memberi sokongan kepada Petite Kitchen by Shima.