BERIKAN SAYA KERJA
Oleh:
MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
SATU
ketika dulu, lagu bernada tinggi menjadi kekuatan penyanyi ini, sekali gus
memikat peminat muzik rock tanah air.
Lagu Setelah Aku Kau Miliki dan Teringin antara yang menjadi minat
khalayak, sekali gus menempatkan dirinya dalam penyanyi popular era 90-an.
Kini, Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Kamarazzaman, 48,
tidak seperti dahulu. Zaman gemilangnya sudah pudar.malah ketika menyertai
program realiti Gegar Vaganza pada
2014, persembahannya yang terlalu pasif sering dikritik.
Perkara itu
nampaknya memberi kesan kepada kerjaya Shima secara tidak langsung. Masakan tidak,
selepas program itu berakhir , dia langsung tidak menerima sebarang tawaran
menyanyi.
Secara umunya,
bukan mudah untuk hidup di ibu kota tanpa sebarang pendapatan tetap. Itupun Shima
masih mampu bersyukur kerana dia masih mempunyai simpanan.
Sudah pasti
perbelanjaan juga harus disekat. Yang penting sahaja didahulukan untuk
meneruskan kehidupan.
Tambahan
pula dengan keadaan kesihatan yang tidak begitu baik, Shima sedar dia perlu
kuat untuk meneruskan kehidupan dan bekerja, bukan meraih simpati.
“Saya
tahu kehidupan saya bukan seperti dahulu.kesihatan juga tidak menentu tetapi
itu bukan alasan untuk saya tidak berusaha mencari pendapatan sendiri.
“Luahan
saya bukan untuk meraih simpati. Tetapi saya mencari peluang pekerjaan sebab
saya masih boleh bekerja,” jelasnya.
Walaupun
pergerakkannya terbatas dek kesakitan yang dihadapi. Shima tidak mahu orang
luar menilai itu sebagai kekurangan kekurangan dirinya.
Bercerita
mengenai kehidupannya kini, jelas Shima, dia menderita penyakit slip disc di bahagian tengkuk dan
pinggul. Dia pertama kali mengalami slip
disc sewaktu di bangku sekolah dan aktif dalam sukan tae kwan do.
“Tetapi
masa itu masih remaja. Jadi kesakitan itu tidaklah terasa sangat. Ketika itu
kena slip disc di bahagian pinggul,” jelasnya.
Kali kedua
dia mengalami slip disc pada 2012 selepas
terjatuh di bilik air. Ketika itu dia bekerja sebagai penyanyi di sebuah hotel
di ibu kota.
Selepas melakukan
pemeriksaan, doktor mengesahkan dia mengalami slip disc kedua di bahagian tengkuk pula.
Sejak itu,
selain faktor usia yang meningkat, kesakitan kerana slip disc tersebut semakin hari semakin dirasai.
Hingga kini,
dia terpaksa bergantung kepada ubat untuk saraf da sakit belakang.
Sebulan sekali
dia perlu bertemu doktor untuk melakukan pemeriksaan.
“Ada juga
saya bertanya mengenai pembedahan tetapi doktor kata, peluang untuk pulih
sepenuhnya adalah 50 peratus sahaja.
“Jadi
doktor nasihatkan agar pembedahan tidak dijalankan sebaliknya ikhtiar
menggunakan kaedah lain terutama dari segi perubatan,” katanya.
Kos perubatan
Shima tidaklah memakan ribuan ringgit tetapi perlukan pendapata yang konsisten
untuk menampung perbelanjaan ubat-ubatan bulanannya.
Dengan ketiadaan
kerja dan kehidupan yang hanya menggunakan duit simpanan akan menyukarkan
kehidupannya pada jangka panjang.
Dia sendiri
sedar, kehidupannya tidak seperti zaman mewahnya dahulu. Segala-galanya perlu
disekat dan kerja perlu dilakukan untuk mendapat wang. Selagi kudratnya masih
mampudikerah. Dia tetap mahu bekerja.
KONSERT BUAT SHIMA
5 Mac
ini Shima bakal mengadakan sebuah persembahan istimewa di Hotel Royale Chulan Damansara,
Petaling Jaya, Selangor.
Idea
mengadakan konsert itu datang daripada penganjur, Sherry Nordin yang merupakan
kenalan lama Shima.
“Selepas
dapat tahu Shima tidak sihat, timbul idea untuk mengadakan persembahan Shima
Kembali.
“Alhamduluillah,
proses untuk melaksanakan prijek ini sangat mudah dengan bantuan pinhak hotel
juga,” kata Sherry.
Sebanyak
100 tiket keping tiket disediakan untuk persembahan itu dan setakat ini, sudah
30 keping terjual.
Tambah Sherry,
tiket dijual dengan harga RM80 dan jumlah jualan tiket itu akan dibahagi dua kepada
pihak hotel dan Shima.
“Dengan
penjualan tiket itu, kita berharap sedikit sebanyak dapat membantu Shima
terutama untuk menampung kos perubatannya,” jelas Sherry.
Shima sendiri
berasa teruja untuk menjayakan persembahan itu yang disifatkan sebagai jalan
untuk dia kembali mendapatkan pekerjaan.
“Ini
adalah showcase pertama yang saya
lakukan secara dekat dengan peminat. Malam itu, mereka bebas untuk bertanya apa
sahaja kepada saya.
“Lima
lagu popular akan saya nyanyikan pada malam itu. Empat lagi lagu adalah lagu
Inggeris yang lebih rancak,” katanya yang dijangka turut menyanyikan lagu Sepanjang Malam Keresahan yang jarang
dinyanyikan secara langsung kerana bagi Shima, lagu itu agak sukar untuk
dibawakan.
Sesiapa
yang berminat untuk mendapatkan tiket boleh berhubung terus degan Sherry
melalui talian 013-7230317.
Sumber:
Mega Hits, Utusan Malaysia
Khamis, 16 Februari 2017
Sumber:
Mega Hits, Utusan Malaysia
Khamis, 16 Februari 2017