Tuesday, February 7, 2017

Shima Kembali Charity Gig


Assalamualaikum,

Pada peminat-peminat Shima sekalian, di sini sukacita diumumkan penjualan tiket SHIMA 'KEMBALI' CHARITY GIG telah mula dijual!!!

Anda boleh hubungi talian di bawah untuk pembelian tiket -

Sherry Nordin: 013-723 0317
Helmi: 012-474 2799

Tiket adalah terhad. Jangan lepaskan peluang anda untuk bersama SHIMA 'KEMBALI' CHARITY GIG pada 5hb MAC 2017 (Ahad) 9.00pm - 11.00pm, bertempat di HOTEL ROYALE CHULAN DAMANSARA.

Di sini juga ingin kami maklumkan, bahawa ini adalah kali pertama SHIMA membuat persembahan UP CLOSE & PERSONAL (showcase) bersama peminat. Dan tujuan CHARITY GIG ini dianjurkan adalah berdasarkan keperihatinan kami terhadap artis lama yang ingin 'KEMBALI' semula di dalam industri Muzik Tanahair. Kami mengambil inisiatif untuk berkerjasama dengan pihak Hotel ROYALE CHULAN DAMANSARA yang sudi menaja lokasi untuk membantu artis tanahair 'KEMBALI'.

TIADA YANG LAMA, MAKA TIADALAH YANG BARU!!! Kenanglah mereka yang pernah suatu hari dahulu berjasa pada industri Muzik Tanahair kita.

Sumber: facebook Shima

No comments:

Post a Comment