DERITA SHIMA TIADA SIAPA
TAHU
WAKTU popular semua orang Nampak tapi bila sudah lama sedikit ramai pula
yang buat-buat tak nampak. Sedih juga sebenarnya bila dengar kisah yang berlaku
kepada Shima yang popular dengan lagu Teringin ini.
Mary Jane yakin rata-rata peminat di Malaysia ni dah tahu tentang kisah
yang berlaku kepada wanita ini yang khabarnya ketiadaan tawaran menyanyi sejak
dua tahun yang lalu. Sebaik sahaja menamatkan saingan dalam Gegar Vaganza musim
pertama terus senyap sunyi. Kalau kebanyakan penyanyi yang bertanding tak
menang tangan dengan pelbagai undangan, Shima pula terperuk di dalam rumah
sahaja.
Yang Mary Jane kasihan bila mendapat tahu yang dia turut berhadapan dengan penyakit
slip disc kronik. Bila ada masalah tulang belakang macam ni, memang pergerakan terbatas dan dia tak boleh nak buat kerja berat lagi macam orang lain.
Tambah menyedihkan apabila terdapat dua bahagian tulang belakang yang
berhadapan dengan masalah slip disc tu. Shima juga khabarnya hanya bergantung
kepada ubat-ubatan sejak tiga tahun yang lalu sehingga membuatkan muka dan badannya
sembab dan nampak gemuk. Sudahlah tak ada tawaran menyanyi, terpaksa pula
menanggung bil ubat-ubatan saban bulan. Aduh, sedih pula Mary Jane dengar.
Namun begitu nasib Shima baik apabila ada pihak mahu dia mengadakan
persembahan Shima Kembali Charity Gig pada 5 Mac hadapan di hotel Royale Chulan
Damansara. Setiap kutipan tiket akan diserahkan kepada penyanyi itu bagi
menampung hidupnya.
Apa tunggu lagi? Ini masa untuk memberikan sokongan.
Sumber:
Pancaindera, Mingguan Malaysia
Ahad, 12 Februari 2017
Ahad, 12 Februari 2017
No comments:
Post a Comment