HILANG TAWARAN ANGKARA FITNAH
Mengucap panjang penyanyi rock popular era 1990-an, Shima, 49,
apabila difitnah mengambil barang terlarang. Angkara fitnah itu juga, periuk
nasi penyanyi yang popular dengan lagu Teringin
dan Setelah Aku Kau Miliki
bagaikan tertutup, sejak dua tahun lalu.
Shima pelik apabila tidak lagi menerima undangan menyanyi, sedangkan dia masih
aktif. Dalam linangan air mata, Shima memberitahu Raja, dahulu dia tiada
jawapan apabila ditanya mengapa sudah tidak lagi menyanyi. Ketika itu, dia
terfikirmungkin Allah SWT sedang menguji.
“Saya terkejut apabila ditanya, adakah saya mengambil dadah ketika mengikuti
program Umrah Penggiat Seni di Tanah Suci. Saya dimaklumkan, cerita sudah
tersebar dalam kalangan penggiat seni. Mengucap panjang saya mendengarnya.
“Baru saya tahu kenapa selama ini, saya tidak lagi menerima undangan
menyanyi. Saya tidak ambil barang terlarang, apatah lagi saya sudah berusia. Saya
bergantung kepada ubat-ubatan kerana menderita penyakit slip disc dan saraf sejak empat tahun lalu.
“Saya sudah memaafkan mereka yang memfitnah. Walaupun kecewa, saya redha
kerana saya tidak mampu menutup mulut manusia daripada berkata perkara tidak
benar,” katanya terkilan.
Bahagia jalani hidup biasa
Shima turut memberitahu Raja, dia bahagia dengan perkahwinan kelimanya
bersama Abdullah Rosli, 41. Mereka berkahwin pada 2016.
“Mungkin kehidupan kami tidak dilimpahi kemewahan, tetapi kami bahagia. Suami
saya orang biasa dan tidak sukakan publisiti. Disebabkan itu, majlis pernikahan
kami hanya dihadiri ahli keluarga terdekat,” katanya.
Shima berkata, dia bersyukur dipertemukan dengan lelaki yang sentiasa ada
di sisinya ketika diperlukan.
Umum maklum betapa besarnya nama Shima ketika dahulu. Namun, dia memilih
jalan hidup sederhana ketika meniti usia emas.
Shima juga sudah berhijab sebaik melangkah di Tanah Suci. Doakan Shima dan
suaminya berbahagia di dunia dan akhirat.
RAJA: Terkejut dengan dakwaan Farid
Kamil dirinya dianiaya tiga rakan artis.
Sumber:
B*pop, Berita Harian
Sabtu, 10 Februari 2018
B*pop, Berita Harian
Sabtu, 10 Februari 2018
No comments:
Post a Comment